(Video) Burung Bijak, Sudah Hafal Beberapa Surah Al Quran, Lancar Bila Membacanya Kembali

Siakap Keli

Seekor burung nuri berasal dari Jordan ini bukan saja mampu berkata-kata malah mahir membaca Al-Quran dengan baik.

Burung yang diberi nama Mudalal ini, mahir membaca tiga surah daripada Al-Quran selepas mempelajarinya selama enam tahun bersama tuannya.

Menurut Hussein al Sawalmeh, beliau membela Mudalal dari usia enam bulan dan amat sayang kepadanya.

“Membesarkan kanak-kanak untuk bercakap dianggap normal tetapi membesarkan burung untuk bercakap dengan jelas ini adalah keajaiban,” katanya.

Kini Mundalal menghabiskan masa untuk belajar membaca ayat-ayat dari Al-Quran.

Apa yang menarik, gelagat Mudalal ini mendapat perhatian dunia termasuk dikalangan bukan Muslim, mereka mengagumi burung berkenaan, ini kerana kebanyakkan burung yang mereka jumpa hanya pandai berkata-kata 2 3 patah perkataan, tetapi Mudalal siap hafal ayat-ayat Al Quran yang panjang.

Jom lihat aksi Mudalal.

Sumber – The Washington Post

kredit link; Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*