(Video) Dr Rafidah – Tolonglah Malaysia, Gunakan Akal, Ini Bukan rawatan GOUT!!!

Rafidah Abdullah

Tolong lah Malaysia. Gunalah akal fikiran. Ini BUKAN rawatan gout.

Viral di media sosial sehari dua ni, rawatan penyakit GOUT tanpa bimbingan doktor di mana pesakit akan dicucuk dengan jarum di jari kaki tanpa mengambil kira prosedur rawatan yang betul.

Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah melalui status terbaharunya di Facebook ada mengullas mengenai bahayanya rawatan itu.

“Prosedur yang ada jarum, keluar darah bagai hanya boleh dibuat di fasiliti kesihatan dan oleh pegawai yang dilatih dan bertauliah. Bukan suka suka oleh sesiapa dan dimana-mana. Ada risiko jangkitan kuman yang boleh membawa maut,” katanya.

Prosedur yang ada jarum, keluar darah bagai hanya boleh dibuat di fasiliti kesihatan dan oleh Pegawai yang dilatih dan bertauliah. Bukan suka suki oleh sesiapa & dimana-mana. Ada risiko jangkitan kuman yang boleh membawa MAUT.

Video rawatan yang viral tersebut adalah seperti berikut…

Boleh baca info betul tentang gout di tulis oleh Bel Nawhen di link ini.

https://www.facebook.com/100000028740033/posts/2413502171994051/

Dan Dr Rusyainie di https://www.facebook.com/1551720152/posts/10216141964252468/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*