(Video) Dr Safari Elis – Gejala2 Awal Yang Dirasai Sebelum Serangan Jantung Berlaku. Berwaspadalah selalu…

zonkita zonkuliah

Anda pasti tahu bahawa penyakit jantung adalah salah satu punca utama kematian di seluruh dunia. Penyakit jantung didahului oleh serangan jantung biasanya berlaku apabila bekalan darah tidak cukup untuk sampai ke jantung.

Walaupun ia boleh berlaku secara tiba-tiba, namun sebulan sebelum serangan jantung, pesakit biasanya boleh merasai beberapa gejala. Disiarkan Laicikang.com seperti dipetik dari boldsky.com, ini tanda-tanda tersebut.

1. Lemah badan yang luar biasa

Ini adalah gejala utama penyakit jantung yang disebabkan oleh kekurangan aliran dan peredaran darah. Ini berlaku kerana penyempitan saluran darah dan otot yang lemah yang merupakan amaran serangan jantung dalam peringkat awal. Ini adalah salah satu daripada tanda-tanda serangan jantung.

2. Pening

Apabila berlaku kekurangan aliran darah, pening adalah satu lagi gejala yang akan anda hadapi. Kurangnya peredaran darah memberi kesan kepada aliran darah ke otak yang boleh mengakibatkan pening.

3. Peluh sejuk

Peluh sejuk adalah satu lagi gejala yang menunjukkan bahawa tubuh anda mungkin berada di bawah ancaman. Apabila tidak ada aliran darah yang mencukupi, tubuh anda mungkin berasa lemah dan sejuk. Ini adalah salah satu tanda amaran serangan jantung.

4. Sakit Dada

Sekiranya anda mengalami sakit di bahagian dada dan bahagian lain anggota badan seperti lengan, belakang dan bahu anda, maka anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera. Sakit dada dan sesak nafas adalah gejala utama yang dapat menunjukkan masalah jantung.

5. Selesema

Ramai mangsa serangan jantung telah mengalami gejala selesema, sebulan sebelum serangan jantung. Ini juga merupakan petunjuk serangan jantung.

6. Sesak nafas

Ini adalah satu lagi gejala utama kemungkinan serangan jantung. Paru-paru memerlukan oksigen yang sepatutnya dan aliran darah yang mencukupi. Tetapi apabila jantung bermasalah, maka boleh jadi aliran darah ke paru-paru tidak cukup, menyebabkan sesak nafas. Ini adalah salah satu daripada gejala serangan jantung.

7. Mual, senak, sakit perut, dan lain-lain

Tanda-tanda penting termasuk loya, senak, sakit jantung atau sakit perut. Ini adalah beberapa tanda serangan jantung dan gejala yang perlu anda ketahui.

Itulah serba sedikit antara beberapa tanda-tanda awal sebelum serangan jantung yang anda patut sedar. Jadi, adakah anda pernah mengalami salah satu gejala ini? Jika ya, anda perlu mendapatkan bantuan doktor dengan segera supaya pemeriksaan secara teliti dapat dilakukan.

sumber: laicikang.

Langkah Mudah Cegah Penyakit Jantung Sebelum Terlambat

Penyakit jantung bukan hanya menyerang lelaki sahaja tetapi juga menyerang wanita dan kanak-kanak. Walaubagaimanapun risiko golongan wanita mendapat penyakit jantung adalah lebih rendah kerana tubuh wanita mempunyai paras estrogen yang tinggi ketika masih subur yang berupaya melindungi wanita daripada risiko sakit jantung.

Diabetes melitus atau penyakit diabetes menjadi faktor tertinggi penyebab penyakit jantung. Penyakit diabetes menyebabkan gangguan metabolisma karbohidrat kerana kekurangan hormon pankreas insulin untuk menukarkan gula menjadi tenaga.

Punca Penyakit Jantung

  1. Usia 35 tahun ke atas – Wanita yang menopous berisiko tinggi mendapat penyakit jantung
  2. Kolestrol berlebihan
  3. Tekanan Darah Tinggi
  4. Tabiat Merokok
  5. Tekanan Tinggi (Stress)
  6. Lemak dalam tubuh berlebihan – ukur lilit pinggang lebih 80cm berisiko tinggi mendapat sakit jantung.
  7. Kurang Bersenam
  8. Diabetes Melitus atau Penyakit kencing manis
  9. Sejarah keluarga yang mempunyai masalah sakit jantung
  10. Berat badan berlebihan

Bagaimana Punca Menyebabkan Penyakit Jantung Terjadi

1.Asap Rokok

  1. Asap rokok mempercepatkan pembekuan darah
  2. Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding salur darah
  3. Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
  4. Tekanan perasaan

2. Lemak Berlebihan, Pengambilan makanan tinggi kandungan lemak

3. Kurang Bersenam, Pengaliran darah ke jantung tidak begitu lancar & Jantung lemah

4. Darah Tinggi

  1. Menggalakkan penyempitan salur darah  dan jantung terpaksa mengepam lebih kuat
  2. Lebih tinggi tekanan darah tinggi lebih besar risiko serangan sakit jantung

5. Penyakit Kencing Manis, Berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung

Cara Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

  1. Berhenti merokok
  2. Mengambil ubat atau lebih baik supplement semulajadi untuk mengawal tekanan darah tinggi atau penyakit kencing manis.
  3. Kawal Stress dengan cara hidup sihat – dapatkan tidur dan rehat yang cukup, jalani aktiviti fizikal
  4. Pilih daging putih seperti ayam dan ikan serta kurang pengambilan daging merah
  5. Kerap Bersenam- berjalan kaki sambil membeli belah merupakan senaman paling mudah
  6. Ambil makanan tinggi serat untuk pembakaran lemak atau kolestrol yang lebih baik
  7. Pilih makanan berkhasiat – lebihkan ikan, buah-buahan dan sayuran.
  8. Pilih makanan rendah lemak
  9. Pilih cara memasak yang sihat – panggang, rebus dan kukus

Simptom Penyakit Jantung

  1. Sukar bernafas jika berbaring
  2. Sakit kepala
  3. Pening
  4. Pengsan
  5. Berasa tertekan
  6. Kerap terjaga ketika tidur
  7. Sakit dada
  8. Rasa pijar dibahagian dada
  9. Bengkak bahagian buku lali

Tonton nasihat daripada doktor pakar :

Sumber : Rencah Rasa via Vivanita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*