(Video) Dr Zakir Naik tidak hina agama lain; kepakarannya ialah bidang perbandingan agama – Dr Kamilin Jamilin

Ameno World

1. Saya tidak tahu mana kenyataan Dr. Zakir Naik (DZN) yang menghina atau merendah-rendahkan agama lain.
Beliau berdakwah mengikut kepakarannya iaitu bidang perbandingan agama.

2. DZN hanya cuba membuktikan bahawa agama Islam adalah agama yang benar berdasarkan petunjuk dari al-Quran dan jua kitab-kitab suci agama lain, sesuai dengan firman Allah sendiri:

إِنَّ الدِّيْنَ عِنْدَ اللهِ الإِسْلام
“Sesungguhnya agama (yang benar) di sisi Allah hanyalah Islam” [Ali- ‘Imran: 19].

3. DZN menggunakan uslub diskusi, dialog dan soal-jawab, bahkan sesi soal-jawab biasanya lebih lama dari sesi ucapannya.
Pada sesi soal-jawab pula beliau akan mengutamakan penyoal-penyoal dari kalangan non-muslim demi menbantu memberikan mereka jawapan terhadap kemusykilan mereka.

4. Uslub yang digunakannya ini telah berjaya membuatkan ribuan manusia mendapat pencerahan tentang Islam dan menjawab keraguan mereka terhadap kebenaran Islam.
DZN sendiri pernah memberitahu saya bahawa satu-satu program beliau boleh mencecah 200 juta views dan sehari tidak kurang 100 orang purata yang memeluk Islam hasil dari dakwah organisasi kelolaan beliau.

5. Nabi SAW sendiri pernah menggunakan uslub sebegini bersama pendeta Yahudi dan paderi Kristian pada zaman baginda. Bahkan Ibn ‘Abbas RA sendiri pernah berdialog di hadapan ribuan para Khawarij pada zamannya.

6. Dalam berdialog, sudah pasti fakta yang dipegang benar akan dijelaskan, manakala kekeliruan mahupun kesilapan akan dirungkaikan. Dengan demikian dapat dibezakan antara “minyak dan air”.

Nabi Ibrahim AS sendiri ketika berdialog dengan kaumnya dalam menjelaskan kebatilan sembahan berhala, baginda bertanya sebagaimana firman Allah:

قَالَ أَتَعۡبُدُونَ مَا تَنۡحِتُونَ * وَٱللَّهُ خَلَقَكُمۡ وَمَا تَعۡمَلُونَ
“Dia (Ibrahim) berkata: Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?? Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!” [al-Saffat: 95-96].

7. Bahkan dalam mana-mana diskusi ilmiah baik isu akedemik, isu semasa, bahkan isu politik sekalipun, pasti akan melalui proses penegakan fakta dan perobohannya.

Adakah ia dianggap menghina atau merendah-rendahkan walaupun setelah menjaga segala adab dan tatasulia?
Jika ya, maka tidak perlulah lagi selepas ini diadakan sebarang majlis harmoni dialog, diskusi, atau soal-jawab sebarang isu secara terbuka, kerana dikhuatiri boleh menghina pihak yang tidak sepandangan!

8. Apa yang digeruni pada DZN sebenarnya ialah kerana kemahirannya membawa hidayah Islam kepada ribuan umat!
Hendak mematahkan hujah beliau tidak mampu, maka tampalkanlah pada cendekiawan yang penuh berhikmah ini dengan imej EKSTRIM & PENJENAYAH agar manusia menjauhinya.

Imej yang mudah ditempelkan pada seorang bernama muslim pada hari ini!

9. Saya tidak melihat ramai yang “terganggu” dengan dakwah DZN, hanya satu dua puak ini sahaja yang “panas” dengan beliau dan sering melakukan provokasi.

Kami umat Islam majoriti yang terganggu dengan penghinaan terhadap figura berjasa ini tidak diambil kira?
Panggil sahaja sesiapa, mengapa tidak sahaja buktikan kesalahannya dan berdialog penuh harmoni dengan beliau secara terbuka di pentas Malaysia Baharu yang dikatakan lebih terbuka itu??

sumber; Kamilin Jamilin – Seni Hadith

Image may contain: 1 person, text

Dengan Nisha Ayub boleh jjumpa akkan dengan Dr Zakir Naik tak boleh dulu sebelaum buat kenyataan…?

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*