(Video) Gempar; Gara-gara tidak berpuas hati dengan guru disiplin, murid lempar bom buatan sendiri!

Berita TV9

Gara-gara tidak berpuas hati dengan guru disiplin, tiga sekawan bertindak melempar bom buatan sendiri ke tingkap bilik guru lalu mengakibatkan 80 bilah cermin musnah sama sekali.

Kejadian berlaku di blok C, bilik displin dan kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Penambang, Kota Bharu, Kelantan jam 11 pagi tadi.

Ia dilempar dari bahagian belakang blok sekolah berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik, siasatan mendapati bom buatan itu diubahsuai menggunakan mercun selepas polis menemukan serpihan plastik mercun bola.

Usaha menjejaki suspek giat dilakukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

sumber; Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*