(Video) Ibu muda dengan anak baru lahir sebulan, remaja hamil 5 bulan antara kisah sedih gelandangan di ibu kota…

Ebit Lew

Sedihnyaaa…sedang jalan di atas jejantas 11.30malam. Sekali jumpa beberapa anak remaja. Paling sayu sebak dan sayang tengok seorang anak dara kecil 15 tahun sedang pegang baby duduk bersila atas simen. Sejuk. Badannya kecil macam baru 13 atau 14 tahun. Terkejut bila tanya baru dapat baby sebulan. Bersalin dekat bilik dan disambut oleh bidan di rumah..terus air mata laju..

Apalah nasib mu anak..tak tahu nak cakap apa. Hilang patah perkataan. Cuma tinggal rasa sayang padanya. Cuma rasa sayang. Iyerlah tak semua orang nasib sama. Kadang jalan hidup mereka diuji begitu. Sedang anak kita selesa duduk di rumah. Ya Allah tuhanku..

Anak ini dalam pantang lagi sebulan. Pampers dan susu semua takde. Saya kata ya Allah terima kasih jumpakan dengan anak ini malam ini. Terima kasih Allah. Terima kasih Allah.bila berbual terasa seperti anak saya di rumah. Wajahnya yang baik dan malu-malu.

Saya ajak mereka semua makan. Ada remaja lain di sana. Ada sepasang anak muda baru 17 tahun kecil badannya mengandung 5 bulan tidur di jambatan juga.. Dalam pantang jauh juga berjalan. Dengan sejuk simen. Dengan lapar. Dengan persekitaran yang tak baik untuk anak..

Saya terus menangis rasa sebak. Dan sewa 2 bilik hotel untuk malam ini. Satu bilik lelaki. Dan satu bilik perempuan. Saya suruh bersihkan diri dan solat berjemaah sama-sama..

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: one or more people and indoor

Akhirnya dah 2.30 pagi masa solat Isya saya dah tak tahan air mata. Saya menangis kuat-kuat dan peluk mereka semua..awak semua macam anak saya. Maafkan ustaz. Maafkan ustaz..mereka yang lelaki dakap saya. Kami semua menangis bersama-sama…

Doakan hari ini saya minta mereka pulang rumah mak ayah mereka. Tiada tempat terbaik bagi mereka melainkan keluarga mereka. Doakan..jika tidak insyaAllah saya akan sediakan tempat belajar dan tempat tinggal untuk anak ini dan baby nya..

Hari ini hari tangisan buat saya. Semalam tak tidur langsung terus flight ke Sandakan ceramah di OUM. Bidadari saya call menangis nangis dan kata abang bawa balik rumah jer..bidadari saya tak tidur tengok anak remaja ini..Pohon doa semua yer..

sumber; Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*