[Video] Ibu Telah Pergi Buat Selamanya, Ayah Hilang Entah Kemana.. Beginilah 2 Beradik Ini Meneruskan Hidup Mereka..

http://informasitrending.com

Tidak terlihat beban yang melanda kedua-dua budak lelaki yang berasal dari Tanah Datar, Sumatera Barat ini. Senyum tawa mereka menyelubungi kedukaan dan kesedihan dalam kehidupan yang mereka alami sekarang.

Mereka adalah Jefri Ronaldo dan adiknya, Taufik Ismail. Dua beradik ini telah ditinggalkan oleh ibu mereka buat selama-lamanya, manakala ayahnya hilang entah kemana.

Sementara itu, dua orang daripada adik-beradik Jefri dan Taufik telah berkahwin dan telah berhijrah ke luar daerah. Kedua-dua adik beradiknya juga mempunyai masalah kehidupan yang serba kekurangan.

 

 

Oleh itu, Jefri mesti berjuang sendiri untuk menyediakan keperluan diri dan adiknya. Pemergian ibu mereka membuatkan mereka hilang tempat bergantung. Ketika arw4h ibunya masih hidup, semua keperluan hidup diuruskan oleh ibunya.

Tetapi sekarang, Jefri mesti mengambil alih peranan ibu dan ayahnya untuk Taufik. Nak tak nak, mereka kena masuk ke dapur untuk menyediakan makanan demi mengisi perut yang lapar.

Walaupun rasanya tidak sesedap memasakan ibu, sekurang-kurangnya makanan ini boleh menghilangkan rasa lapar mereka.

 

 

Selepas memasak, Jefri meneruskan tugas mencuci di bilik mandi yang kecil. Air yang mereka gunakan juga bukan air paip tetapi sebaliknya adalah takungan air hujan.

Sudah tentu jika ia disimpan terlalu lama, air hujan ini tidak baik untuk kesihatan kedua kanak-kanak ini. Tapi apakan daya, hanya ini peninggalan yang ada dari orang tua mereka.

Tidak ada erti kata untuk bersenang-senang bagi Jefri, selepas melakukan kerja rumah, dia meneruskan dengan mengajar anak-anak orang kampung untuk mengaji.

 

 

Kemampuan Jefri untuk membaca Al-Quran memang baik, dia telah khatam Al-Quran dan telah menghafal 1 juz. Untuk mengajar mengaji, Jefri tidak pernah menaikkan harga upah, namun kawan-kawannya selalu membawa nasi, mi segera, atau bahan makanan lain.

Setelah mengajr mengaji, Jefri terus membaca Al-Quran. Tiada lampu yang menerangi kegelapan malam, hanya lampu pelita kecil yang menemai Jefri. Setiap hari, selepas sekolah, Jefri akan bekerja sebagai buruh di ladang.

Bagi Taufik, abangnya bukan hanya sebagai seorang abang, tetapi dia adalah idola untuk Taufik, “Abang saya, orang yang bersemangat, sabar. Tetapi jika saya membuat kesalahan, dia akan marah. Saya takut bila dia marah.”

 

 

Taufik melihat sifat ibu dalam diri Jefri, dan kadang-kadang membuatkan dia merindui ibunya. Tetapi tidak ada yang boleh dilakukannya, hanya doa yang mampu dia panjatkan dalam setiap hembusan nafasnya.

“Saya selalu berdoa supaya kubur ibu dilapangkan, kuburnyanya bercahya dan terhindar dari siksaan kubur. Ibu orang yang sabar, jika saya sakit dia selalu membelikan ubat. Sekiranya saya bergaduh dengan abang saya, ibu saya sentiasa mengingatkan kita untuk terus berdamai,” kata Taufik.

 

 

Jefri sentiasa berusaha menjadi kuat untuk adiknya dan menasihatkan dirinya sendiri agar tidak menyerah dalam menjalani hidup ini.

“Tiada perkataan menyerah dalam diri saya, saya perlu bersemangat. Supaya tidak ada yang memandang rendah terhadap saya. Orang berkata, saya tidak boleh kerana saya miskin. Mereka mencai maki ibu saya, mereka berkata ibu saya lumpuh, tetapi saya tetap bersabar, “kata Jefri.

 

 

Kehidupan tanpa cinta ibu bapa bagaikan mimpi ngeri bagi kanak-kanak. Seolah-olah seperti takdir Ilahi tidak memihak.

Segera bangkit adalah jalan yang terbaik, bijak dalam meneruskan kehidupan, redha dan membimbing hati untuk menerima keadaan ini. Ini semua sebenarnya adalah ujian untuk mereka agar menjadi manusia yang lebih baik.

 

Video:

 

 

Sumber: Bocah Pejuang via http://informasitrending.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*