(Video) Isu Panas; Dr Maza – Bersalaman Lelaki Perempuan Masalah KHILAFIYAH, ‘NOT A BIG DEAL!’

Minda rakyat

Posting DrMAZA.com bertarikh February 26, 2016 dijadikan rujukan…

Ada seseorang dari Johor berbual tadi. Dia kata: “Kami di Johor boleh bersalaman lelaki dengan perempuan bukan muhrim (perkataan sepatutnya mahram). Kami berpegang kepada Mazhab Shafie. Hanya geng wahabi sahaja yang tidak benarkan “.

Saya beritahu dia bahawa dalam Mazhab jumhur (majoriti) khususnya Mazhab Shafie hukumnya haram. Boleh rujuk kitab-kitab Mazhab Shafie. Namun di sana ada pendapat dalam Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat yang dikaitkan dengan Imam Ahmad bin Hanbal, membolehkannya. Secara umumnya, kelonggaran dalam hal ini diambil asasnya dari Mazhab Hanafi dengan syarat-syarat tertentu.

Saya secara peribadi sejak belasan tahun yang lepas telah menyatakan perkara bersalaman lelaki dengan perempuan bukan mahram atas keperluan dan syarat tertentu adalah khilaf. Dr Yusuf al-Qaradawi antara yang lantang menyatakan keharusan hal ini secara bersyarat. Saya secara peribadi juga bersalaman jika ada keperluan dengan syarat-syaratnya. Demikian ketika saya berada di UK, juga di Malaysia bila keadaan memerlukan. Ertinya saya sama sekali bukan wahabi!

Saya beritahu kawan dari Johor, itu bukan ‘big deal’ dalam fekah dan ia masih boleh disenaraikan dalam masalah khilafiyah. Alhamdulillah, orang Johor juga mengamalkan pendapat di luar dari Mazhab Shafie.

Perlis dah lama pegang banyak pendapat Mazhab Hanafi termasuk mewajibkan zakat harum manis. Dalam Mazhab Shafie tidak wajib, hanya padi dan makanan asasi yang lain. Namun, apabila taukeh harum manis lebih kaya dari petani padi, maka pendapat Mazhab Hanafi kita pilih kerana ia lebih kukuh dan praktikal.

 

Jadi tidak hairanlah kalau heboh di media sosial Ahli Majlis Syura IKRAM, Dr Maszlee Malik boleh bersalam dengan wanita bukan mahram?

sumber; http://mindarakyat.blogspot.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*