(Video) Kekuatan Serorang Mukmin Terletak Pada Hatinya…

هدايت كادابن

Masya Allah… .

“Sesungguhnya, Allah Azza wa Jalla menjadikan kekuatan (terbesar) seorang mukmin itu pada hatinya dan bukan pada tubuhnya.”

Tidakkah engkau melihat orang tua atau orang yang lumpuh yang sudah lemah badannya tetapi dia tetap mampu melaksanakan solat 5 waktu, berpuasa di siang hari dan Tahajjud pada malam hari, sedangkan orang muda (yang sihat badannya dan kuat tenaganya) sentiasa lalai dari menunaikannya.

Pernah ada seseorang bertanya kepada Ahnaf bin Qais yang ketika itu tengah berpuasa, “Tuan, Anda sudah tua. Jika berpuasa tentu akan melemahkan diri Anda!” Apa jawab Ahnaf? “Dengan berpuasa, sebenarnya aku tengah mempersiapkan diri untuk perjalanan yang panjang. Bersabar dalam mentaati Allah Ta’ala tentu akan lebih mudah daripada bersabar dalam menanggung seksa-Nya.”

Jadikanlah ayat-ayat Al-Quran, sama ada yang berisi perintah atau larangan, sama ada yang menjelaskan ciri-ciri ahli syurga atau ahli neraka, sebagai ukuran kehidupan kita. Ketika kita melakukannya, nescaya kita akan kenal siapa sebenarnya diri kita di hadapan Allah Azza wa Jalla.

“Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.”

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

sumber; هدايت كادابن

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*