(Video) Kemarau Terburuk Dalam Sejarah; Komuniti Muslim Di Sydney Tunaikan Solat Istisqa’

OnePath Network

Muslim Sydney telah bersatu hati untuk melakukan jalan terakhir iaitu dengan memohon kepada Allah supaya menurunkan hujan kerana mereka sedang menghadapi salah satu musim kemarau terburuk yang pernah melanda Australia.

Mufti Australia, Ibrahim Abu Mohamed berkata solat tersebut adalah untuk menolong golongan petani ‘kesusahan mereka adalah kesusahan kami juga’

Ya Allah, turunkanlah air dari langit, basahkanlah bumi Australia, akhirilah kesusahan yang dihadapi oleh saudara kami di sana, aamiiin….

Sedikik ilmu tentang SOLAT ISTISQA’…

 Istisqa’ bermaksud meminta siraman air. Istisqa’ juga bermakna doa meminta hujan kepada Allah S.W.T dengan cara yang tertentu seperti berdoa ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai solat, doa secara sendirian (tanpa solat atau khutbah) dan mengerjakan solat Istisqa’.

Oleh itu solat sunat Istisqa’ adalah solat yang dikerjakan secara spesifik untuk memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menurunkan hujan di saat terjadinya musim kemarau.

Kejadian kemarau ini merupakan salah satu tanda kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai balasan terhadap hamba-hamba-Nya yang tidak menurut perintah-Nya. Sebagai contohnya telah diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anhbahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

…وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ

وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ…

…Dan tidak akan ada suatu kaum yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali Allah akan mencabut nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak ada orang yang menahan zakat daripaa harta-harta mereka kecuali Allah akan menahan turunnya titisan air dari langit… – Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab al-Fitan, no: 4009

 Justeru itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajar umatnya agar mengerjakan solat Istisqa’, memperbanyakan doa serta istighfar (memohon keampunan) agar Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para hamba-Nya. Hukum solat Istisqa’ ini adalah sunat dan tidak wujud satu dalilpun yang mewajibkan

sumber; http://www.hafizfirdaus.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*