(Video) Kementerian Kesihatan Arah Raj’s Banana Leaf telah diarah tutup serta merta.

Malaysiakini

Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan sebuah restoran nasi daun pisang di Kuala Lumpur ditutup serta-merta, susulan rakaman video yang tular di media sosial semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia susulan pemeriksaan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan di premis yang terletak di Bangsar itu pagi ini.

“Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan hadir ke premis bagi menjalankan pemeriksaan susulan video tular pekerjanya mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan belakang premis.

“Premis makanan daun pisang ini diarahkan tutup serta-merta,” katanya di Facebook.

Berita terdahulu…

Kami Mohon Maaf – Raj’s Banana Leaf

Pengurusan restoran makanan daun pisang di Bangsar, Raj’s Banana Leaf, mengakui video memaparkan pekerja mencuci pinggan menggunakan air lopak di tepi jalan belakang sebuah premis, adalah kakitangannya.

Pihak pengurusan premis berkenaan turut memohon maaf menerusi akaun Facebook rasminya berhubung insiden itu.

Raj’s Banana Leaf kesal dengan tindakan pekerjanya, dan menyedari perbuatan mereka tidak boleh diterima.

Raj’s Banana Leaf turut menegaskan, sudah mengambil tindakan terhadap pekerja terbabit dan kejadian itu tidak akan berulang.

Pengurusan restoran juga memberi jaminan, akan mengawasi dapur mereka dengan teliti selain menambah aspek kebersihan sentiasa menjadi keutamaan.

sumber; Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*