(Video) ‘Kita Ditampar Oleh Orang Yang Kita Tolong’ – Yusof Azmi Tinggalkan PPIM

FB

KUALA LUMPUR: Tanda tanya mengenai kedudukan Yusuf Azmi sebagai Pengarah Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akhirnya terjawab apabila aktivis berusia 28 tahun itu mengesahkan tidak lagi bersama persatuan itu.

Yusuf berkata, sebab utama dia mengundurkan diri kerana bosan dan kecewa dengan pengkhianatan yang dilakukan teman rapat dan mereka yang pernah dibantunya.

Beliau berkata, dia bukan mengharapkan sebarang balasan, namun tidak boleh menerima fitnah dilemparkan terhadapnya.

“Saya berasa sangat kecewa sehingga mendorong saya membuat keputusan mengundurkan diri daripada PPIM.

“Fitnah yang dilemparkan terhadap saya sehingga merosakkan imej saya amat memberi kesan, saya tidak boleh terima perkara ini.

“Selain itu, saya keluar daripada PPIM bagi membolehkan saya meluangkan masa bersama keluarga yang selama ini sering saya tinggalkan untuk keluar berjuang bersama PPIM.

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting
Hawk

“Isu mengenai pergolakan dalaman juga tidak benar sama sekali, saya amat memandang tinggi Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, jika ada mengatakan wujud perselisihan faham antara individu tertentu, ia kekal sebagai spekulasi saja,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PPIM, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Yusuf berkata, dia akan memberi fokus kepada program bual bicara berbentuk santai bagi meneruskan perjuangannya.

Beliau berkata, konsep bual santai atau tarbiyah itu akan dilakukan bagi meneruskan usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai pelbagai kegiatan penipuan terhadap pengguna.

“Selain itu, saya merancang membuka sebuah pusat perlindungan kucing bagi menjaga kucing terbiar dan jika ada yang ingin mengambil untuk dibela, saya berikan percuma.

“Saya tiada rancangan membabitkan diri dalam politik, kalau ada yang berkata demikian, ia tidak benar,” katanya.

PPIM

Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya menghormati keputusan dibuat Yusuf.

“Perjuangan kami akan diteruskan seperti biasa dan Yusuf akan tetap menyelesaikan aduan diterima sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini timbul tanda tanya mengenai status Yusuf bersama PPIM yang disertainya sejak lapan tahun lalu selepas sebuah portal berita melaporkan Nadzim sebagai berkata, Yusuf tidak lagi terbabit secara langsung dengan PPIM pada 16 Mac lalu.

sumber; Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*