(Video) Lelaki Dilanyak Penduduk Selepas Belasah Wanita Yang Menegurnya Buat Bising.

Anbarasan Palaniappan‎

KUALA LUMPUR – Gara-gara menegur dua lelaki yang mabuk dan membuat bising, seorang wanita cedera dibelasah dua lelaki itu dalam satu kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang Utara di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, dalam kejadian pukul 6.30 petang itu mangsa dibelasah di hadapan suami dan anaknya yang ketika itu menaiki motosikal berasingan.

“Sebelum kejadian mangsa ketika itu menunggang motosikal bersama anaknya manakala suaminya menaiki sebuah lagi motosikal dengan seorang lagi anak mereka mengekori dari belakang.

“Sewaktu tiba di tempat kejadian, mangsa telah melihat sekumpulan lelaki dalam keadaan mabuk dan membuat bising lalu mangsa telah menegur perbuatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Munusamy menambah, dua daripadanya menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna kuning putih membuat bunyi bising dan aksi provokasi menggunakan motosikal mereka.

“Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan mereka itu telah menegur perbuatan tersebut namun kedua-dua lelaki tersebut tidak berpuas hati lalu memarahi serta memaki hamun serta mengugut untuk mencederakan mangsa.

“Akibatnya berlaku pertengkaran antara mangsa dan dua lelaki itu yang salah seorangnya dikenali sebagai Govin telah menyerang dengan menumbuk serta menendangnya sehingga cedera di tangan kanan serta kaki kiri mangsa. Suami mangsa cuba menyelamatkan isterinya tetapi telah dihalang oleh Govin dan rakannya dengan bertindak menyerang mangsa bertubi-tubi,” ujarnya.

Beliau berkata, Govin dan rakannya telah melarikan diri ke sebuah blok di situ dan penduduk yang ternampak kejadian berkenaan terus mengejar lalu memukul mereka.

“Perbuatan penduduk tersebut telah tular di laman media sosial Facebook hari ini (semalam) dan laporan polis telah dibuat oleh mangsa.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

sumber; Anbarasan Palaniappan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*