(Video) MEMALUKAN; Pelatih PULAPOL Ditahan Terlibat Jenayah

Berita TV9

Selepas enam minggu lolos, seorang pelatih konstabel di Pusat Latihan Polis PULAPOL Sarawak dijalan Puncak Borneo, Padawan ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata serta cubaan bunuh.

Suspek yang berusia lingkunan 20-an itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang tadi sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dengan bantuan PULAPOL Kuching.

Menurut sumber, suspek terbabit telah berada dipusat latihan berkenaan kira-kira 6 minggu yang lalu bagi menjalani latihan asas kepolisan.

Ujarnya, maklumat mengenai pembabitan suspek dalam kes dipercayai diketahui oleh pihak PULAPOL Sarawak hasil daripada siasatan lanjut oleh polis Kelantan terhadap kes membabitkan suspek.

Susulan itu, pemantauan terhadap suspek dilakukan sehingga membawa kepada penahanannya petang tadi.

Suspek yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 3.45 petang tadi kini dibawa ke Kota Bahru, Kelantan untuk siasatan lanjut menggunakan persawat komersial jam 5.25 petang.

Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan Kerana Cubaan Bunuh dan Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalty Lebih Berat)

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Assiten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.

sumber; Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*