(Video) Nikah Budah Umur 11 Tahun; Ini Penjelasan Abe Li

Berita TV9

Kanak-kanak 11 tahun yang berkahwin dengan peraih getah berusia 41 tahun Jumaat lalu, memberitahu Kadi Sungai Golok yang dia sudah baligh.

Ia dimaklum oleh kadi berkenaan, Hashim Yusoff.

“Sebelum majlis akad nikah bermula jam 11 pagi (waktu Malaysia) pada 18 Jun lalu, saya bertanya kepada bakal pengantin perempuan beberapa soalan kerana terkejut apabila mengetahui usianya 11 tahun.

“Soalan pertama saya adakah dia sudah baligh dan dia menjawab…Ya. Saya tanya lagi adakah dia bersetuju berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun itu dan dia menjawab bersetuju tanpa paksaan.

“Ibu bapa budak yang turut hadir pada hari itu juga bersetuju dan bersedia menjadi wali. Mereka juga membawa dua saksi bersama,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Nyor, Sungai Golok hari ini.

Hashim yang juga Penolong Pendaftar di Majlis Agama Islam Narathiwat berkata, majlis akad nikah itu dilakukan di Masjid Padang Nyor.

Katanya, selepas akad nikah, dia membawa rombongan pengantin dan keluarga ke rumahnya untuk mengisi beberapa dokumen berkaitan pernikahan itu.

“Saya terangkan kepada pengantin lelaki bahawa walaupun pernikahan itu sah, saya tidak dapat mengeluarkan surat nikah kerana pernikahan itu perlu didaftarkan terlebih dulu di Malaysia.

“Saya juga tidak melarang suami untuk ‘bersama’ isteri mudanya itu tetapi jika remaja itu mengandung sebelum umurnya 16 tahun, dia perlulah melahirkan anak mereka di Thailand,” katanya.

Ekslusif, video Abe Li cerita tujuan dia nikahi Ayu, budak siam usia 11 tahun ihsan babab.net

sumber; babab.net & Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*