(Video) Orang gaji pukul budak ini tanpa belas kasihan sehingga berdarah teruk!

my.theasianparent.com

Orang gaji dera budak tanpa belas kasihan…

Menurut Lianhe Wanbao, orang gaji dari Myanmar ini diambil bekerja oleh pasangan dari Vietnam tersebut untuk menjaga dua anak perempuan mereka berumur 5 dan 6 tahun.

Dia telah bekerja dengan keluarga ini kurang dari 4 bulan. Ibu bapa ini bekerja dari pukul 4 petang sehingga 2 pagi di pasar malam, oleh itu mereka perlu mengharapkan orang gaji ini untuk menjaga anak-anak mereka.

2 minggu lepas, ibu ini menemui lebam pada dahi anak perempuannya. Orang gaji tersebut mengatakan yang anaknya jatuh basikal apabila disoal.

Kata ibu budak itu, “Dia nampak sangat baik dan saya tidak pernah meraguinya. Minggu lepas saya periksa rakaman CCTV untuk melihat jika dia ada menolong anak saya sapukan minyak…”

Apa yang dia lihat selepas itu sungguh memeranjatkan! Orang gaji ini telah mendera kedua anaknya.

Dalam kebanyakkan kejadian yang dapat dilihat dari rakaman CCTV itu, dia telah menggunakan sudu, tempat pensel, alat kawalan jauh, penyapu dan macam-macam lagi untuk memukul mereka dengan ganas. Dia juga dilihat menarik rambut anak majikannya itu dan menolaknya ke meja secara paksa!

orang gaji dera budak, dera anak majikan, pengasuh pukul budak, pengasuh kejam

Dalam setiap kejadian, orang gaji ini kelihatan tidak berperasaan dan kejam. Walaupun budak ini menangis, dia tetap memukul tanpa henti.

Menurut laporan, dalam satu video, salah seorang budak perempuan ini dipukul menggunakan sudu sehingga hidungnya berdarah. Orang gaji ini mengelap darah tersebut dan meneruskan pukulannya dengan sudu.

Rakaman CCTV juga mendedahkan yang orang gaji ini memukul budak-budak ini hampir setiap hari selama 10 minit ke satu jam.

Ibu yang kecewa ini bertanya, “CCTV hanya ada rekod selama 30 hari. Siapa tahu apa yang dia lakukan pada anak-anak saya dari Januari hingga Mac? Saya rasa marah bila fikirkannya.

Orang gaji dera budak: Bagaimana nak pastikan anak anda selamat?

Ibu di dalam kes ini ini mungkin tidak akan tahu tentang penderaan tersebut, jika dia tidak periksa rakaman CCTV. Bagaimana untuk pastikan anak anda dijaga dengan betul?

Lebih-lebih lagi jika mereka terlalu kecil untuk berkomunikasi atau bercakap. Ini adalah beberapa cara:

Kamera CCTV

Zaman ini, kita mempunya kemewahan untuk mengetahui apa yang terjadi di rumah, walaupun kita di luar.

Tapi ia penting untuk anda beritahu orang gaji tentang kewujudan kamera untuk mengelakkan mereka membuat aduan mengganggu privasi.

Balik tanpa beritahu

Jangan balik rumah dengan masa yang sama setiap hari. Sesekali, balik awal untuk lihat apa yang terjadi di rumah.

Ada juga kes di mana seorang majikan balik ke rumah awal dan sedar yang orang gajinya telah bawa bayinya keluar untuk berjumpa teman lelakinya!

Perhatikan bayi anda memberi amaran

Perhatikan anak anda. Adakah dia mengantuk dari biasa atau tak cukup makan? Periksa badannya jika ada tanda-tanda lebam.

Adakah anak anda kelihatan takut, cemas atau tak mahu tinggal bersama orang gaji anda walaupun mereka telah tinggal dengannya untuk masa yang lama? Jika ya, anda perlu siasat kenapa.

Berikan peraturan
Beri peraturan rumah yang khusus seperti kerja yang perlu disiapkan setiap hari, penggunaan telefon dan meninggalkan rumah tanpa izin dll.

Tetapkan garis panduan

Terangkan pada orang gaji anda tentang bagaimana dia patut melayan anak anda. Terangkan dengan jelas samada mereka dibenarkan untuk disiplinkan anak anda and bagaimana.

Jika anda tidak beritahu dengan jelas, ini boleh menyebabkan mereka menggunakan taktik mereka sendiri yang mungkin anda tidak suka.

Jangan bebankan orang gaji

Kebanyakkn masa, orang gaji melepaskan kekecewaan dan kepenatan mereka kepada anak anda kerana mereka stress atau terikat dengan kerja yang banyak.

Bincang dengan orang gaji anda dan pastikan dia selesa dengan tugas yang diberikan. Bincang jadual yang boleh anda periksa setiap hari. Pastikan dia mempunyai tidur dan tenaga yang cukup untuk menjalankan tugas harian.

Latihan dan komunikasi

Apabila perlu, tulis arahan yang khusus untuk diikuti dan letakkan di peti sejuk atau dinding. Mungkin anda patut mengambil cuti beberapa hari untuk melatih orang gaji anda sehingga mereka biasa dengan suasana rumah anda.

Cari yang berpengalaman

Apabila mencari seseorang yang boleh menjaga si kecil anda, sentiasa periksa jika mereka ada pengalaman atau tidak. Orang yang tidak berpengalaman akan kurang kesabaran dan kematangan untuk menjaga anak anda.

sumber;  theAsianparent Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*