[VIDEO] ‘Papa Baca Laju, Adam Tak Sempat Nak Catch Up..’- Biar Adik Adam Jadi Imam Pulak..

Lubuk Viral

Video mengenai seorang kanak-kanak yang bernama Adam tular di media sosial kerana ingin menjadi imam ketika solat. Kanak-kanak yang baru setahun jagung itu tidak ragu-ragu untuk mengimamkan bapanya dan dia melakukan hal tersebut dengan kerelaan hatinya sendiri.

Ekoran daripada penularan video tersebut, Adik adam mendapat banyak pujian daripada netizen malah netizen turut memuji tindakan kedua ibu bapa Adam yang memberikan didikan yang sempura kepada kanak-kanak tersebut.

Dalam kapsyen yang dimuat naik bersama video, ibu Adam turut meyatakan inisiatif yang dilakukan olehnya untuk mendidik Adam sekali gus membetulkan kesilapan yang dilakukan.

Oleh kerana apabila diajak berjemaah, Adam asyik nak jadi imam. Katanya, Papa baca laju. Adam tak sempat nak catch up… Jadi, apa yang kami buat, kami akan solat dahulu.

Kemudian, Papa akan berpura-pura solat sekali lagi dengan Adam. Kali ni, Adam akan jadi imam…  Adam, Mama doakan Adam membesar menjadi pemimpin yang berilmu dan beriman..

VIDEO :

link sumber; Lubuk Viral via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*