(Video) Paus humpback seberat 22,680 kilogram selamatkan seorang penyelam daripada serangan jerung dan detik-detik cemas itu berjaya dirakam

http://www.erabaru.com.my

Ahli biologi Marin Nan Hauser sedang meneliti seekor ikan paus dari Pantai Muri, Rarotonga, dari Kepulauan Cook.

Ikan paus itu tiba-tiba mula menolak Hauser dengan kepalanya dan mulutnya ke permukaan laut bahkan memasukkan Hauser di bawah sirip dadanya. Tanpa pengetahuan Hauser, rupa-rupanya terdapat seekor jerung harimau sepanjang 15 kaki telah mengintai mereka dari arah berdekatan dan ikan paus itu sudah jelas akan bahaya yang mengancam itu.

 

Rakaman tersebut menunjukkan Hauser berenang ke permukaan laut dan menjerit bahawa ada ikan jerung di kawasan sekitar mereka. Dalam masa yang sama, terdapat ikan paus lain yang terus menampar ekornya dan menghalang ikan jerung dari mendekati Hauser.

Ketika Hauser kembali ke bot, ikan paus itu muncul untuk memeriksanya.

Para saintis telah melihat kes-kes ikan paus yang melindungi spesies lain tetapi ini adalah kes pertama yang didokumenkan di mana ikan paus juga melindungi manusia.

Hauser berkata kejadian itu adalah bukti sifat gerak hati ikan paus untuk melindungi spesies lain. Dia membandingkan tindakan luar biasa ikan paus itu dengan ahli bomba yang sanggup bergegas menuju ke rumah yang terbakar demi membantu menyelamatkan nyawa orang yang tidak dikenali.

“Saya tidak pasti apa tujuan ikan paus itu menghampiri saya dan ia tidak berhenti menolak saya selama lebih dari 10 minit. Ia kelihatan seperti beberapa jam,” kata Hauser.

“Saya telah menghabiskan masa selama 28 tahun di bawah air bersama ikan paus dan tidak pernah berhadapan dengan ikan paus yang begitu peramah dan sangat mendesak untuk meletakkan saya di kepalanya atau perut atau belakang atau yang paling penting ia cuba menyembunyikan saya di bawah sirip dada besarnya. “

Hauser berkata dia tidak pernah melihat ikan paus sebelum dia masuk ke dalam laut pada hari itu. Kata Hauser lagi, dia berasa lucu kerana selama ini dia menyangka dia telah melindungi ikan paus, rupa-rupanya ikan paus itu yang melindunginya!

Sumber: SunnySkyz & Mirror

Tonton video di bawah:

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

sumber; Era Baru

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*