Video: PELIK & MENAKJUBKAN, Sang Bedal ‘Hantar’ Mayat Ke Pantai

www.mynewshub.cc

SEBAHAGIAN penduduk yang menetap di kawasan perairan pantai Nino, Nusa Tenggara Timur, Indonesia semalam digemparkan dengan satu kejadian aneh.

Memetik portal Tribunew news, seekor buaya dikatakan telah ‘membantu’ bawa pulang seorang mayat lelaki yang dipercayai telah hilang sejak minggu lalu.

Insiden pelik pada jam 7 pagi Sabtu itu disedari seorang nelayan yang ingin keluar menangkap ikan, namun terpaksa membatalkan hasrat setelah terlihat reptilia itu mengusung sesuatu ‘objek’ pelik.

Dia kemudiannya menghebohkan perkara itu kepada orang penduduk sebelum menghubungi Balai Polis Mena.

Menurut Ketua Polis Nusa Tenggara Timur, Rishian Krisna Budiaswanto, anggota polis dikenali sebagai Agustinus Mema terus bergegas ke pantai berkenaan dan melihat mayat terbabit sedang dibawa buaya menuju pantai.

Beliau berkata, buaya itu melepaskan mayat terbabit di pantai kira-kira 10.20 pagi dan kembali ke laut.

Siasatan mendapati mayat itu ialah Abia Sala Dopong, 26, yang hilang sejak beberapa hari lalu.

Mayat mangsa yang masih dalam keadaan baik namun ada kesan luka pada tubuhnya dipercayai akibat gigitan buaya itu, dibawa ke rumah keluarganya di Desa Humusu, Kecamatan Insana Utara.

Portal berita Pos Kupang sebelum ini melaporkan mangsa dibaham buaya di Pantai Wini, Desa Humusu, Kecamatan Insana Utara, pada 21 Januari lalu. –MYNEWSHUB.CC

link sumber; www.mynewshub.cc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*