(Video) Pemilik Restoran Dibelasah Akibat Enggan Benarkan Berhutang

Berita TV9

Bapa saudara seorang pemilik restoran dibelasah sekumpulan pemuda selepas enggan membenarkan pelanggannya berhutang.

Mangsa cedera ringan akibat dibelasah dengan kerusi dan topi keledar.

Video kejadian yang berlaku di sebuah restoran mamak di Bukit Tinggi, Klang jam 2.50 pagi, Ahad lalu, tular di laman sosial.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa enggan melayan permintaan salah seorang daripada individu berkenaan yang mahu berhutang, daripada membayar makanan dinikmati sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek berang lalu bertindak membaling topi keledar dan kerusi plastik kedai ke arah bapa saudara pengadu.

Dua lagi suspek turut memukul kepala mangsa malah suspek turut memecahkan barangan dalam restoran sebelum melarikan diri.

Hasil siasatan, polis menangkap seorang suspek dan masih memburu dua lagi suspek yang terbabit dalam pergaduhan itu.

Identiti dua lagi suspek sudah dikenal pasti dan mereka dipercayai sudah melarikan diri.

sumber; Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*