(Video) Perjalanan Hidup Dato Dr Izhar; Dari Geng 5 Jahanam Kepada Pendakwah Terkenal

Majlis Ilmu

Ikutilah perjalanan kisah hidup Dato’ Dr Izhar yang sangat menarik untuk dijadikan teladan…

Beliau pada masa kecil dulu sangat nakal dan beliau bersama 4 lagi kawannya digelar geng 5 Jahanam oleh penduduk di sekitar Taman Guru, Kota Bharu, Kelantan.

Walaupun beliau nakal namun, kehidupannya tidak dapat dipisah dengan masjid & surau.

‘Surau ni sayalah yang buka lampu dan azan tetapi solat, Gi main bola kat padang’ katanya. Buah2 kat pokok yang ada di situ habis dibedalnya untuk makan bersama2 di padang bola..

Detik perubahan dalam dirinya bermula setelah ayahnya yang bekerja sebagai pegawai kastam pergi ke kuliah Subuh Allahyarham Tuan Guru Dato’ Bentara Nik Abdul Aziz di masjid Pulau Melaka.

Saksikan untuk kesudahan kisahnya yang sangat menarik. Juga boleh dijadikan panduan buat ibu bapa yang lain… Saksikan apa peranan Sheikh Kurayyim Rajih, ulama tersohor Syria dalam mencetuskan motivasi besar dalam hidupnya.

sumber; Majlis ilmu

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*