(Video) Petai takkan baikkan penyakit buah pinggang! – Dr Rafidah Abdullah

Rafidah Abdullah

Dah beberapa orang whatsapp kepada saya cerita ini.

Sangat MENGARUT !
Petai TIDAK BOLEH pulihkan pesakit kronik.

Mohon jangan percaya entah siapa dalam video ini. Ya Allah, tahan ke hari-hari makan petai sebanyak itu. Saya lah orang terakhir nak ke rumah beliau sebab mungkin semerbak harum ya bilik air nya.

1. Kawalan Kencing Manis bukan di lihat dengan satu bacaan darah sahaja. Kami juga lihat bacaan HbA1C, purata kawalan selama 3-4 bulan. Kalau buah pinggang dah rosak macam kata pesakit Dialisis ini, memang lah bacaan gula turun sebab insulin berada di dalam badan lebih lama (sebab tiada proses “breakdown” oleh buah pinggang yang dah rosak)

2. Mana boleh sesuka kurangkan frekuensi Dialisis daripada 4 kali ke 2 kali seminggu. Mencari nahas namanya. Mungkin awal-awal ok lagi. Tengok lah nanti. Jangan sekali-kali buat begini tanpa pantauan Doktor Pakar Buah Pinggang dan ujian darah.

3. Pesakit Dialisis makan petai banyak macam ini? Tahukah anda petai banyak potassium. Dah lah Dialisis dikurangkan, makan petai sebanyak itu! Saya gerenti ini rawatan sendiri, BUKAN dari saranan Pakar Nefrologi.

Mohon jangan forward berita mengarut macam ini. Kawal jari jemari anda.

Sumber; Rafidah Abdullah
Pakar Perubatan & Buah Pinggang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*