(Video) SAH! Najib letak jawatan sebagai Presiden UMNO & Pengerusi BN tetapi tidak akan meninggalkan UMNO!

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung tadi di tv bahawa beliau mengambil tanggungjawab di atas kekelahan BN dalam PRU 14 dan mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional serta-merta.

Beliau menambah sebagai tanggungjawab moral di atas kekalahan yang amat  teruk di dalam PRU 14.  Sementara itu Datuk Seri Zahid Hamidi akan mengambil tanggungjawab sebagai Presiden UMNO dan Datuk Seri Hishamuddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan meninggalkan UMNO. Dan beliau berharap semoga UMNO akan mendapat kepercayaan rakyat semula.

sumber; Malaysiakini

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*