(Video) Saksikan Detik2 Mencemaskan 5 Sekeluarga Hampir Lemas Dihanyut Arus Kuat Banjir Di Penampang, Sabah.

Sukan Star TV - sstv.my

SAYA risau kalau budak itu lemas dibawa arus, saya terus terjun ke sungai tanpa berfikir panjang untuk menyelamatkannya,” kata Dunnysius Min, 23.

Dunnysius antara orang awam yang menyelamatkan lima sekeluarga yang nyaris lemas selepas Proton Saga dinaiki mereka dihanyutkan arus deras ketika melintas jambatan di Sungai Babagon, Penampang, hari ini.

Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, Charlie Cartheer Joriok, 40, dan isterinya, Florance Johny, 40, bersama dua anak lelaki mereka dan seorang anak saudara, diselamatkan penduduk kampung dan orang awam yang berkelah di Pusat Rekreasi Babagon.

Menurut Dunnysius, dia bersama beberapa rakan berkelah di pusat rekreasi itu sebelum menyedari jeritan orang awam bahawa terdapat sebuah kenderaan hanyut di sungai terbabit.

Image may contain: outdoor, water and nature

“Kami bergegas ke lokasi dan nampak sebuah kereta hanyut, namun tersekat pada batu di sungai.

“Dalam kenderaan itu, ada lima individu di mana seorang ibu sedang memegang anak lelakinya berusia lapan tahun. Saya segera membawanya keluar dari sungai,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, mangsa yang lain diselamatkan dengan bantuan penduduk dan orang ramai menggunakan tali serta pelampung walaupun ketika itu arus deras.

Rakan Dunnysius, Yuhana Samsudin, 26, berkata dia menghubungi bomba sebaik menyedari kejadian itu untuk mendapatkan bantuan.

“Saya dan rakan hanya terdengar jeritan orang ramai sebelum mendapati ada mangsa hanyut,” katanya.

Image may contain: one or more people, outdoor, water and nature

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.50 petang sebelum menghantar 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Penampang.

“Kejadian membabitkan sebuah kenderaan dinaiki lima individu yang melintas sungai sebelum dihanyutkan arus ketika banjir kilat.

“Bagaimanapun, semua mangsa diselamatkan orang awam sebelum bomba tiba,” katanya.

sumber; Sukan Star TV – sstv.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*