[VIDEO] Situasi solat jemaah di masjid semasa gempa bumi di daerah Palu, Sulawesi, Indonesia

Lubuk Viral

Seperti diketahui gempa berskala 7.7 skala Richter di Palu , Sulawesi, Indonesia berlaku semalam dan menyebabkan berlaku runtuhan dan tsunami kecil di wilayah itu.

Beberapa video amatur menunjukkan beberapa kawasan yang di landa gempa bumi dimuatnaik di media sosial oleh penduduk yang mengalami secara langsung gempa tersebut.

Setakat ini tidak dapat dipastikan berapa jumlah penduduk yang terjejas akibat bencana alam yang melanda wilayah tersebut.

Seorang pengguna Facebook bernama Eris riswandi memuatnaik video yang menunjukkan suasana di dalam sebuah masjid di wilayah itu ketika gempa melanda.

Seperti biasa jemaah sedang menunaikan solat-kemungkinan maghrib-mengikut waktu gempa itu melanda

Beberapa jemaah dibahagian belakang dilihat mula-mula merasakan gempa tersebut berlaku

Gegaran besar mula berlaku dan jemaah kelihatan bersurai

Gempa bumi yang berlaku di wilayah Palu itu berlaku selepas tidak lama sebelum ini kita dikejutkan dengan gempa yang berlaku wilayah Lombok Indonesia.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga semuanya selamat dan semoga semua penduduk yang mengalami gempa tersebut tabah dan sabar menghadapinya.

Marilah sama-sama kita doakan semoga mereka semua tabah dan sabar menghadapai ujian ini. BERAT BAHU MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKULNYA…

Update terkini, Indonesia kerah semua pihak bantu mangsa di Palu

Kerajaan Indonesia menggunakan pesawat Hercules dan kapal maritim untuk membawa anggota tentera, agensi bencana dan hospital lapangan ke kawasan yang terjejas akibat gempa bumi serta tsunami yang melanda Palu, Sulawesi, semalam.

Insiden gempa bumi dan tsunami semalam, memusnahkan tujuh pencawang elektrik, sekali gus menjejaskan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga malam tadi, syarikat elektrik PLN berjaya memulihkan bekalan di dua pencawang dan sedang bertungkus lumus memperbaiki lima lagi pencawang yang musnah.

Laman web The Jakarta Post yang memetik Menteri Dalam Negeri, Tjahjo Kumolo, melaporkan beliau mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) untuk menghantar khemah dan peralatan lain ke kawasan terjejas.

Arahan menerusi telegram itu turut dihantar kepada pihak berkuasa tempatan dan wilayah berhampiran Palu, termasuk Mamuju serta Makassar.

Tjahjo berkata, beliau juga sudah mengarahkan pemimpin tempatan supaya menghantar bekalan beras dengan segera ke Palu.

“Saya akan ke Palu pagi ini, bagi memastikan pihak berkuasa tempatan bersedia (mengendalikan urusan menyelamat),” katanya.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Sosial, Agus Gumiwang Kartasasmita, berkata kementeriannya sudah menyediakan 3,000 bungkusan bahan makanan asas dan enam dapur medan mudah alih, yang mampu memasak kira-kira 36,000 hidangan setiap hari.

“Lebih 100 sukarelawan dan unit tindakan kecemasan, Forum Tagana dari kawasan berhampiran, termasuk Gorontalo, Sulawesi Barat dan Makassar akan dihantar bagi membantu mangsa.

“Ahli Forum Tagana dari Sulawesi Tengah yang tidak terjejas dengan gempa bumi sudah membantu operasi pemindahan dan menyelamat,” katanya

VIDEO :

sumber; Lubuk Viral

kredit; http://www.khalifahmedia.info

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*