(Video) Sudah Goyang Ka Bro? Kula akhirnya mohon maaf

www.malaysiakini.com

Naib Pengerusi DAP M Kula Segaran akhirnya memohon maaf susulan kontroversi dakwaan beliau menyifatkan orang Melayu sebagai pendatang.

Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataannya disalah tafsir, yang mencadangkan beliau menggunakan perkataan itu.

“Saya sepenuhnya mohon maaf terhadap pihak yang terluka dan menarik ucapan ofensif dalam ucapan spontan itu,” kata menteri sumber manusia itu.

Kulasegaran semalam menafikan laporan Utusan Malaysia bertajuk “Kula Segaran dakwa Melayu bangsa pendatang”

Menyifatkannya sebagai fitnah dan pembohongan, Kula berkata tidak pernah berkata begitu dan kenyataannya diputar belit tanpa konteks.

“Apa yang saya jelaskan dalam majlis itu adalah orang India berada di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu. Agama Hindu dibawa oleh Orang India…(Ia) agama awal yang dianuti penduduk tempatan (ketika itu).

“Hasil penemuan arkeologi di kawasan Lembah Bujang, terutamanya penemuan Sungai Batu di Kedah telah membuktikan hal ini. Jadi tidak adil jika kaum India digelar pendatang, berdasarkan faktor sejarah ini,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Kulasegaran juga berkata beliau tidak pernah menjadi sosok kontrroversi dalam isu kaum dan agama dan berikrar mempertahankan perlembagaan.

Beliau juga berkata sesuatu perkataan boleh berubah-ubah maksud jika diterjemah ke bahasa lain.

Beliau bercakap dalam bahasa Tamil dalam ucapan kontroverinya di Nilai minggu lalu.

Kulasegaran juga menjelaskan beliau meminta maaf bagi mengelakkan kontroversi sekitar dirinya itu makin parah.

sumber; malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*