(Video) Terkini; ‘Friendly Match’ Di Antara Malaysia vs UAE Disulami Dengan Aksi Tumbuk Menumbuk & Sepak Menyepak!

Sukan Star TV - sstv.my

Perlawanan persahabatan di antara skuad bawah 23 (B-23) Malaysia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Shah Alam yang terpaksa ditamatkan lebih awal hari ini akibat pergaduhan.

Pasukan negara sedang mendahului UAE dengan jaringan 2-0 hasil jaringan  Safawi Rasid pada minit ke-27 dan Akhyar Rashid, minit ke-64. pasukan UAE mula  melakukan provokasi dengan melakukan asakan keras terhadap pemain negara mungkin kerana tidak dapat menerima kenyataan pasukan mereka akan kalah.

Aksi ganas bermula di masa tambahan bila pemain UAE melakukan kekasaran melampau dengan sengaja ke atas pemain Malaysia yang menyebabkan campur tangan rakan2 sepasukan.

Memburukkan lagi keadaan bukan sahaja pemain2 simpanan UAE juga turut terlibat bahkan pegawai2 pasukan juga kelihatan turut bergasak dengan pemain & pegawai2 pasukan negara.

Saksikan video;

sumber; Sukan Star TV – sstv.my & http://www.utusan.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*