[Video] Tular 2 wanita bertudung sembahyang di tokong; pejabat agama bertindak…

Berita TV9

Astaghfirullah hal adzim اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ,

Mulanya ingat berlaku di luar negara tetapi rupa2 nya ia berlaku kat negara kita… Semoga akidah 2 wanita ini dapat diperbetulkan oleh pihak berwajib…

Berita TV9 wrote…

Tular dua wanita bertudung dirakam melakukan upacara sembahyang di sebuah tokong petang semalam.

Kejadian dipercayai berlaku di Kampung Serpan Laut, Asajaya, Kota Samarahan, Sarawak.

Menurut sumber, dua wanita berkenaan telah pun dibawa ke Pejabat Agama Islam Kota Samarahan untuk memberi keterangan.

Tindakan dua wanita berkenaan juga turut didakwa menyebabkan salah faham dan menjejaskan perpaduan kaum di Sarawak.

sumber; Berita TV9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*