(Video) Wahai Ibu Bapa, Jangan Biarkan Pahala Kita Diambil Orang Lain. Lihat Bagaimana Ia Terjadi…

مفت جنارست رمل

Ya Allah, betapa banyak ibu bapa yang terlepas peluang memiliki saham terbesar daripada zuriat keturunannya sendiri lantaran mungkin kerana tidak tahu atau terlalu sibuk urusan duniawi.

Atau lebih malang lagi, mungkin tidak terlalu sibuk dengan urusan kerja tetapi masa di rumah sentiasa dirantai oleh gajet pintar, sibuk mengikuti perkembangan artis kesayangan, sibuk dengan perkembangan politik, sibuk memberikan komen pada posting/status medsos dan macam2 lagi sehingga terabai tanggungjawwab mendidik anak2…

Sehinggakan tanggungjawab kepada anak2 terlihat setakat memberi makan dan minum semata-mata…  Ya Allah, betapa lalainya kita..

Mari belajar kenapa mengajar sekurang-kurangnya surah al-Fatihah itu kepada anak2 tersangat penting! Jangan biarkan guru2 di tadika atau sekolah yang mendapat saham akhirat terbesar daripada zuriat kita sedang kita yang membesarkan mereka tidak mendapat manfaat daripadanya…

sumber; مفت جنارست رمل

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*