VIRAL PALSU! Jabatan Meteorologi Nafi Isu Tular Suhu Rendah Di Seluruh Negara Sebabkan Demam Panas

Siakapa keli

Menerusi surat pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia tengah hari ini memaklumkan bahawa isu putar belit fakta berkaitan suhu terendah seluruh negara itu adalah palsu.

Isu ini tular apabila ada segelintir pihak telah memanipulasi analisa daripada pihak Meteorologi Malaysia dengan memberitahu bahawa “Malaysia mengalami penurunan suhu berikutan hujan tanpa henti dibeberapa kawasan barat Malaysia yang disebabkan perubahan tolakan angin monsun dari Filipina”

Melalui mesej tular itu telah menasihatkan orang ramai untuk memakai baju tebal pada malam ini bagi mengelakkan suhu badan turun secara mendadak seterusnya membawa demam panas.

Berikutan isu ini, Jabatan Meteorologi Malaysia telah memuat naik surat melalui akaun Facebook yang mengulas lanjut isu suhu palsu tersebut dan memberitahu bahawa suhu minimum yang direkodkan hari ini (13 Januari 2018) ialah 21 darjah Celsius di Mersing dan Kuala Pilah sahaja.  Manakala kawasan-kawasan lain merekodkan suhu minimum sekitar 22 darjah Celsius yang selalu berlaku pada waktu awal pagi.

Perubahan cuaca ini terjadi akibat cuaca mendung, hujan berterusan serta pergerakan tiupan angin sejuk monsun timur laut yang dijangka beterusan sehingga Ahad, 14 Januari 2018.

Siakapkeli.my

Sumber: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia