Wanita Ini Ditahan & Disiksa Di Penjara Mesir Hanya Kerana Dia Anak Dr Yusuf Qaradhawi

Khairul Affendy

Terjemahan warkah Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi kepada anaknya Alaa al-Qaradhawi yang kini dipenjara oleh kerajaan Sisi di Mesir. Alaa dipenjara hanya kerana dia anak al-Qaradhawi.

Kehadapan anakku Alaa al-Qaradhawi,

Genap setahun kamu dikurung secara bersendirian di salah sebuah penjara terburuk di dunia. Sepanjang tempoh tersebut dia berhadapan dengan layanan terburuk, dia tidak diberikan hak asasinya sebagai manusia dihina dan disakiti dengan kaedah membunuh secara perlahan yang disengajakan

Setahun berlalu dan kami masih menunggu jiwa yang tenang itu kaku atau bergerak tidur atau sedar terkurung atau bebas mati atau hidup (menunggu Alaa).

Setahun berlalu dia berada jauh dari rumahnya dari anak-anaknya dari cucu-cucunya dari ayahnya dari adik beradiknya. Dia berada di belakang jerejak besi berseorangan lagi sempit tidak disediakan kepadanya keperluan yg paling asas, ditekan sepanjang masa dengan segala bentuk ancaman…kenapa?

Hanya kerana dia anak al-Qaradhwi memiliki kewarganegaraan Qatar…lalu kerajaan ini bertindak membalas dendam terhadap al-Qaradhawi dan Qatar dengan menyeksa anak al-Qaradhawi yg lemah itu.

Dan terkini Alaa dikurung dalam sangkar cermin yang kedap suara sementara hakim menambah tempoh tahanannya 45 hari lagi tanpa memberi ruang kepada peguamnya untuk berhujah walaupun organisasi pengampunan antarabangsa dan pasukan di bawah badan hak asasi manusia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa penahanan Alaa dan suaminya Husam adalah menyalahi undang-undang dan menuntut pembebasan segera!

Sesungguhnya aku sangat hairan bagaimana negara kejam ini menukar pertubuhan kemasyarakatan dan undang-undang di negaranya dan sistem di negara tersebut menjadi alat kepada kekejaman mereka sedangkan sepatutnya mereka ini menjadi pelindung kepada mangsa kekejaman..

Hairannya aku bagaimana pertubuhan-pertubuhan ini menjadi tali cemeti kepada tangan-tangan yang zalim lalu ia membelasah mangsanya sementara kerajaan yang zalim itu mendakwa ia tidak menyakiti seterunya dan ia tidak menangkap orang yang tidak bersalah!!

Sesungguhnya dikau wahai anakku Alaa wajahmu tidak pernah hilang dari benakku tidak sedikitpun ingatanku lupa padamu….aku memohon kepada Allah dalam doaku dalam solatku dlm keadaan aku bersendirian aku berdoa agar Allah melepaskanmu daripada kaum yang zalim.

Sekalipun aku sebagai seorang ayah dalam menghadapi suasana ini bergetar jiwanya, merintih sakit, terbakar hatinya, dan mengalir air matanya bilamana ia mengingati betapa terseksanya anaknya dipenjara berhadapan dengan kezaliman dan kekejaman musuhnya menyakiti anaknya yang tidak melakukan apa-apa kesalahan… Itulah hakikatnya yang dihadapi oleh orang yang tidak bersalah di Mesir diheret ke penjara dan dikurung dibawah kegelapan penjara!

Maka kepada siapa kami menyeru dalam kehidupan ini untuk membantu orang yang dizalimi dan bertindak kepada yg melakukan kezaliman? Bahkah kepada siapa kami memanggil di alam buana ini bukan untuk membela orang yang lemah tetapi yang lebih penting untuk menghentikan perbuatan tangan-tangan zalim ini. Adakah di sana?

Andainya ada golongan ini wahai anakku, aku akan seru mereka tetapi mereka itu hatinya keras dan Allah telah mencabut rahmatNya daripada hati-hati mereka dan maruah daripada akhlak mereka lalu aku hanya merujuk kepada Allah yang miliknya segala alam ini…cukuplah bagiku Allah tempat mengadu.

Aku menyeru kepada manusia yang merdeka di luar sana untuk berusaha dengan kemampuan yang ada pada mereka untuk menyelamatkan engkau wahai anakku dan puluhan ribu lagi mereka yg dipenjara secara zalim bersamamu…kepada Allah jualah aku mengadu…tiada upaya tiada kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Agung…ayah berundur diri menyerahkan kamu dan suamimu kepada Allah yang tidak sekali-kali mensia-siakan amanah yang diserahkan kepadaNya.

Ayahmu,
Yusuf al-Qaradhawi

____________________

الشيخ يوسف القرضاوي يوجه رسالة لابنته علا القرضاوي المحبوسة في سجون الانقلاب
ولا ذنب لها إلا أنها ابنته :

إلى ابنتي علا القرضاوي

عام كامل من الحبس الانفرادي في واحد من أسوأ سجون العالم، تعرضت خلاله ابنتي علا القرضاوي لمعاملة بالغة السوء، في حبسها المأساوي، وحُرمت فيه من أبسط حقوقها، بلا توقف عن إهانتها وإيذائها، في نوع من القتل البطيء المتعمد لها!

عام مضى ونحن ننتظر ضميرا ساكنا أن يتحرك.. نائما أن يصحو.. حبيسا أن يتحرر.. ميتا أن يحيى!
عام مضى، وهي بعيدة عن بيتها، وعن أبنائها، وعن أحفادها، وعن أبيها، وعن إخوانها وأخواتها، في زنزانة انفرادية ضيقة، لا تتوافر لها أدنى الحقوق، ويضيق عليها عمدا في كل أمورها، لماذا؟

لأنها ابنة القرضاوي، وتحمل الجنسية القطرية؟! فلا بد من الانتقام من القرضاوي وقطر في شخصها الضعيف!!

ومجدداً، توضع في القفص الزجاجي العازل للصوت، ويمدد القاضي اعتقالها 45 يوماً إضافية، دون إتاحة الفرصة لمحاميها ليعترض؛ على الرغم مما أصدرته منظمة العفو الدولية، وفريق العمل التابع لمجلس حقوق الإنسان في قضية علا وزوجها حسام، مقرراً أن احتجازهما غير قانوني، داعياً إلى الإفراج عنهما فوراً.

وإني لأعجب كيف تحول دول الاستبداد مؤسسات المجتمع وقوانينه ونظمه إلى أداة من أدوات ظلمها وبطشها وزيفها، وبدلا من أن تكون مظلة يحتمي بها المظلوم، تتحول إلى سوط في يد الظالم، يجلد به ضحيته، متذرعا بأنه لا يغتال الخصوم، ولا يعتقل الأحرار الأبرياء!!

وإنك يا ابنتي لا تغيب صورتك عن مخيلتي، ولا ذكرك عن بالي، وأسأل الله في دعواتي وصلواتي وخلواتي: أن ينجيك من القوم الظالمين، وإن كنت ككل أب.. تتحرك مشاعره.. ويعتصره الألم.. فيحترق قلبه.. وتفيض عيناه؛ كلما ذكر هول ما تعانيه ابنته ظلما وعدوانا، بلا جريمة أو جريرة، وبلا ذنب أو مخالفة. وهكذا يُقاد المرء البريء في مصر إلى غياهب السجون، وهكذا يُزج به إلى ظلماتها!

فمن ننادي في هذه الحياة لينتصف للمظلوم، ويأخذ على يد ظالمه؟! بل من نناشد في هذا الكون لا ليقتص للضعيف المغلوب على أمره، وإنما لتتوقف عنه يد البطش والتنكيل، أو تهدأ؟!

لو كانت المناشدة يا ابنتي تجدي عند هؤلاء لناشدتهم، ولكنهم قساة القلوب، غلاظ الأكباد، نزع الله الرحمة من قلوبهم، والمروءة من أخلاقهم، ولكني ألجأ إلى الله الذي بيده ملكوت السموات والأرض، وكفى به وكيلا.

وأناشد كل إنسان حر في هذا العالم، أن يقوم بما يستطيع لإنقاذك وعشرات آلاف المسجونين ظلما وعدوانا معك، فإلى الله المشتكى.. ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم! وأستودعك وزوجك الله، الذي لا تضيع عنده الودائع.

أبوك
يوسف القرضاوي

link sumber; Khairul Affendy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*