Wow! Bila Mufti WP, Pesanan Dato Seri Dr Zulkifli kepada Menteri KBS ternyata BENAR…

Mufti Wilayah Persekutuan

Saya ada berpesan tempohari kepada YB @syedsaddiq agar memberikan perhatian yang lebih serius kepada atlet OKU Malaysia kerana potensi mereka amat cerah.

Lihatlah apa sejarah yang dicatatkan dalam Para Asia 2018 semalam. Ridhuan Puzi (acara 100m T36 lelaki [cerebral palsy]) dan Latif Romly (acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran) sudah mencipta REKOD BAHARU DUNIA. Begitu juga 7 emas yang digondol oleh kontinjen negara di sana.

Saya menyeru kepada pihak kerajaan untuk menaikkan insentif kepada mereka dan menambahbaik fasiliti untuk kemudahan sukan bagi OKU di seluruh negara.

Saya percaya, akan lahir lebih ramai lagi atlet-atlet OKU yang membanggakan negara. Mereka selayaknya dinobatkan sebagai wira-wira negara.

Tahniah!

sumber; Mufti Wilayah Persekutuan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*