WOW! Foto pelajar SMK Padang Midin Kuala Terengganu menangi 20 gambar terbaik dunia dan juara peringkat Asia.

Che Zamri Omar

Rasa kagum dan terpana ketika melihat gambar-gambar manusia dengan haiwan lebih-lebih lagi remaja dengan puluhan kerbau yang begitu akrab dan intim.

Perasaan halus masing-masing yang dijelmakan dengan perbuatan kebersamaan seolah-olah zahir sebuah rahmah antara manusiawi dan haiyawani.

Sesungguhnya gambar yang bersifat kampungan dan ‘alami mengingatkan usul asal orang kampung dan desa bersamanya sawah bendang, lembu kerbau dan pohon kayu yang menghijau melatari fitrah kemanusiaan bagi masyarakat kampung Melayu.

Rasa kedamaian, ketenangan dan kegembiraan tidak dapat ditafsirkan oleh benda dan harta tetapi oleh perasaan kasih sayang dan rahmat.

Sesungguhnya kehidupan dinilai dengan perasaan yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah sebagai tanda kebesaran ayat Tuhan dalam membina keluarga seperti yang termaktub dalam surah Ar-Rum ayat 21.

Tahniah sekali lagi kerana gambar yang membawa kepada kemenangan. Saya ucapkan Syabas; Tahniah!

Kredit buat jurufoto : Dollah Deen Photography

sumber; Mufti Wilayah Persekutuan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*