Ya Allah, besarnya dugaan dan ujian hijrah seorang muallaf ni… Bagi yang dah dilahirkan Islam, bersyukurlah…

Inspirasi Mualaf

Mualafku Helpline – 16 Nov 8PM. Seorang sahabat mualaf diuji dengan teruk 2 tahun memeluk agama islam. Dan peranan institusi2 di KL dan Seremban yang menjadikannya lagi teruk bila meminta bantuan. Ini kisahnya supaya kita jangan abaikan dan buat leka isu2 mualaf.

Beliau berumur 29tahun memeluk agama islam selepas membuat kajian tentang kitab hindu dan Al Quran. Selepas membaca kedua2 nya, beliau yakin yang islam lah agama benar.

Dan beliau memeluk agama islam 2 tahun lepas. Pada masa tu, beliau sudah kahwin dan ada anak yang beberapa bulan lahir. Beliau memujuk isterinya memeluk agama islam dan selepas itu isteri dan anaknya menjadi seorang islam. Alhamdulillah.

Ujian pertama…

Kehilangan keluarga nya yang tidak mahu berhubung atau kena mengena dengan mereka. Dan jugak kawan2 yang tidak mahu lagi berkawan dan malah ada yang panggil dia mamak india…beliau terima keadaanya dan walaupun kerjanya dengan kawan2, dia di paksa berhenti dan di singkirkan dari komunitynya.

Ujian kedua…

Beliau hilang punca pendapatan sehingga hilang rumah, kereta dan tiada duit untuk tanggung keluarga nya. Pada saat yang sangat terdesak, beliau pergi ke masjid untuk cuba dapat bantuan. Dan pihak masjid memberikan beliau sedikit wang dan suruhnya pergi ke instutusi yang sepatutnya bantu.

Bila pergi ke situ, dia tidak diberi apa2 bantuan pada mulanya dan cuma boleh dapatkan tempat tinggal di rumah persinggahan di chow kit. Seorang mualaf, yang layak menerima bantuan dan harus dibantu di ketepikan. Di rumah persinggahan dia berjumpa dengan macam2 orang dan tempat itu tak sesuai bagi keluarganya.

Dan ada seorang sahabat bawa dia ke seremban dan di situ beliau cuba nak belajar dan dapatkan satu rumah sewa. Divsitu beliau mendapat 2 kerja, pagi kerja dan malam cuci pinggan untuk tampung keluarganya…

Ujian ketiga…

Dalam process nak perbaiki hidupnya sebagai seorang islam, isterinya meningalkan beliau dan anaknya. Isterinya melihat bertapa susah selepas memeluk agama islam dan orang islam sendiri mempermainkan mereka seolah2 menjadi pengemis.

Seperti meminta sedekah dan di suruh pergi sini dan sana untuk isi borang dan pegawai tanya seperti mereka pesalah. Tak tahan keadaan ini, dia meningalkan semua dan terus hilang sehingga sekarang. Selepas itu, dia terpaksa menaiki motor memimpin anaknya yang beberapa bulan ke Kuala Lumpur.

Ujian ke empat…

Sedih menceritakan ujian ke 4 ini , beliau terpaksa memberikan anaknya kepada sebuah keluarga untuk diambil sebagai anak angkat. Bila sampai KL, beliau dapatkan kerja sebagai security guard dan terpaksa bawa anaknya bersama.

Suatu hari masa bertugas, beliau nak buat susu bagi anaknya dan masa tu anak nya tersepak almari dan air panas jatuh atas anaknya.

Beliau terus bergegas ke hospital. Di hospital dia tak berhenti menangis sehingga pihak hospital terpaksa panggil jabatan kebajikan. Selepas melepaskan anaknya, dia sangat sedih dan tertekan sehingga cuba bunuh diri.

Ujian ke lima…

Beliau telah dijanjikan kerja oleh sekumpulan sahabat dan dibawanya ke satu tempat. Di situ beliau disuruh kerja macam2 sehingga disuruh buat kerja yang menyalahi undang2 dan haram.

Dia ibaratkan di jaga dan di awasi setiap masa. Masa saya terima kes ini, saya cuba untuk bawak dia keluar tapi tak ada response dari dia.

Sampai hari ini baru dia reaponce, saya terus pergi dan bawanya keluar dan malam ini menenpatkan beliau di sebuah hotel. Sungguj sedih bila melihatnya, kurus, tak cukup makan dan air, dan sangat2 stress. Dalam kereta, dia mengucapkan Alhamdulillah berkali2.

Semoga kita ambil sesikit iktibar dari kisah sahabat kita untuk kita lebih faham dan membantu mereka2 ini. Dan setiap organasasi atau institut2 yang ditubuhkan untuk menjaga mualaf memberi prihatin pada mereka2 ini.

sumber; Inspirasi Mualaf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*