Ya Allah, Jahatnya Provokasi Feminis & Liberisme. Islam Diserang Oleh Orang Yang Mengaku Islam!

Syahr Musafir

Ini Maryam Lee. Dulu dia bertudung, dia keluarkan provokasi wanita haid yang tak boleh berpuasa sepatutnya tak payah malu untuk makan secara publik ketika bulan Ramadhan, sebab hak asasi kewanitaan. Dia cetuskan provokasi ini lebih kurang 2 tahun lepas, ketika Ramadhan. Sekaligus mencetuskan fenomena wanita tak perlu malu ‘mengumumkan’ diri sedang haid.

Tahun lepas, sekitar Mei 2017, juga Maryam Lee mencetuskan kontroversi apabila bercerita dirinya rasa ditindas kerana diajar bertudung sejak berusia 9 tahun oleh ibu bapanya dan mencetuskan provokasi berkaitan ibu bapa yang mendidik anak-anak perempuan bertudung sejak kecil adalah satu bentuk penindasan hak dan penderaan fizikal terhadap anak-anak.

Kali ini dia tidak lagi bertudung, beria-ia keluarkan provokasi pihak pengurusan masjid ‘menghalau’ dia daripada sebuah masjid di Malaysia dengan cara kasar dan sebagainya. Cubalah bayangkan dia memakai skirt pendek, baju dedah atas, dan tidak bertudung ketika masuk masuk ke masjid tersebut, ber-selfie bergambar segala bagai. ‘Bertahan 30 minit…’ Dia kata pihak masjid kasar dan marah ikut perangai syaitan, sedangkan dia sebagai orang Islam sememangnya tahu adab di masjid.

Syahr Musafir

Bahagian kotak biru adalah saya tutup bahagian badannya yang terdedah. Sebagai seorang Islam, siapalah yang tak tahu bahawasanya apabila masuk masjid, kita perlu berpakaian bertutup? Drama TV3 pukul 7 tu pun tunjuk artis wanita tak bertudung pun pakai tudung ketika nak bernikah dalam masjid, teruk sangat kalau si Maryam ini tak tahu.

Banyak bezanya orang yang tak tahu yang boleh diajar, dengan orang yang sudah tahu tetapi sengaja mencetus provokasi dan menunding jari kepada pihak lain.

Kenapa saya tulis post ini?
Sebab saya nak semua orang JANGAN IKUT dia, jangan jadikan dia sebagai ikon dan idola. Saya tahu dia ramai followers, sebab dia kan pandai bergaya, pandai English, berduit, bla bla bla. Please, jangan salah pilih role model.

Ibu bapa kena pantau anak-anak, terutamanya remaja, pastikan anak-anak kita tak ikut manusia-manusia yang memperjuangkan liberalisme dan feminisme seperti Maryam Lee ini, dia inilah geng kepada Siti Kassim, Asiah Abd Jalil, Azira Aziz dan ramaiiiii lagi yang seangkatan dengannya. Cikgu-cikgu sekolah, atau para pensyarah di kolej atau universiti, JANGAN jemput mereka ini sebagai penceramah kerjaya, motivasi atau apa saja, sebab mereka licik memasukkan elemen feminisme dan liberalisme dalam setiap aktiviti mereka.

Minggu lepas Siti Kassim cetus provokasi dengan kes Ameera tak dibenarkan jadi juruacara majlis di Kelantan, mengutuk orang Islam bodoh itu bodoh ini, minggu ini Maryam Lee pula cetus kontroversi pakai skirt pendek di masjid mengutuk orang Islam kasar dan jahat. Nampak tak permainan mereka?

Ini bukan post mengecam atau membuka aib sesiapa. Ini adalah post PERINGATAN kepada semua, berjaga-jaga, berhati-hati dan nasihat-menasihati. #SHARE post ini untuk sebaran awam dan kesedaran masyarakat!

sumber; Dr Syahr Musafir
Pn Rahimah AR
03/04/2018
#Boikot #MaryamLee

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*