Ya Allah, seorang ibu dan 5 anaknya tidak disuruh solat di luar kerana kononya anaknya kotor…

Syahidah Mardhiah Azmi

Semalam saya kena halau masa nak solat dengan anak-anak 5 orang di masjid. Sedih saya. Masa saya nak pilih telekung untuk anak-anak, ada makcik tak bagi ambil. Dia kata anak-anak saya tak bersih. Dia beri 2 helai je telekung yang dah memang kotor. Lepas saya ambil dia kata, “Haa dah pergi solat luar. Budak-budak tak bersih.”

Saya terkejut. Menggigil tangan nak marah. Lepas dia kata tu, saya keluar masjid. Saya duk luar 2 minit. Saja nak redakan emosi. Lepas tu saya masuk balik.

Saya pergi dekat makcik tu. Saya kata, “makcik, anak-anak saya tak kotor. Sampai hati makcik cakap gitu dekat anak-anak saya. Yang saya bawak ni semua anak-anak pondok, makcik. Bersih hati mereka. Saya dari Pasir Puteh. Jauh saya datang. Saya singgah solat masjid ni kejap je.”

Makcik tu kata, “budak-budak ni lepas main pastu datang masjid. Tu yang kotor. Pastu nak solat.”

“Allahuakbar. Anak-anak saya 6 orang ni baru je saya mandikan sebelum keluar rumah pukul 7.30 petang tadi. Sebelum masuk masjid, saya basuh kencing anak-anak 5 orang ni dengan tangan saya sendiri. Saya pantau diorang ambik wudhuk. Sedih saya orang kata anak saya macam ni.”

Syahidah Mardhiah Azmi

Lepastu saya bukak tudung saya. Saya pakaikan dekat anak yang paling besar 8 tahun. Saya kata, “haa pakai ni. Tudung ciksya tak kotor pun. Boleh pakai solat. Awak pun tak kotor, sayang. Ok semua jom kita solat. Yang takde telekung pun ikut ciksya.”

Saya imamkan 5 orang anak saya. Ada pakai seluar pendek, ada yang tudung pun tak pakai. Anak saya yang umur 8 tahun jawab bila ada orang tanya, “takpe tak sempurnapun asalkan solat. Kan ciksya?”

Dia ulang balik ayat saya kata pada dia masa solat Asar tadi. Saya sedang pindah rumah. Saya bawak semua anak-anak 6 orang. Semua barang duk dalam kotak lagi. Nak cari telekung pun tak tahu kotak mana satu. Saya solat dengan pakaian saya. Anak-anak saya pakaikan tudung saya. Kepala tutup kaki togel 😂 Saya kata takpelah asalkan solat.

Lepas solat, saya masih lagi sedih. Saya doa moga Allah hilangkan kesedihan saya. Moga Allah beri kefahaman pada makcik tersebut. Moga Allah berikan saya dan anak-anak kesabaran untuk menghadapi ujian ini.

Masa tu ada ustaz tengah mengajar. Sambil sangkut telekung, sambil dengar. Ustaz kata, kita yang asyik datang masjid ni, jangan duk rasa diri tu dah hebat ye. Allah tak jamin lagi orang datang masjid ni masuk syurga.

Hmm rugilah kamu, makcik. Tak dapat apa. Ustaz mengajar kat depan, makcik mengajar kat belakang 😏

Dalam perjalanan pulang, saya tanya suami saya, “apa ye perasaan orang yang baru nak berubah, dia baru nak dekat-dekat dengan masjid, lepas tu jumpa makcik bawang yang macam tadi tu?”

Suami saya kata, “orang macam ni lah sebenarnya yang buatkan orang muda taknak pergi masjid. Kita baru nak kenal masjid, kena pulak macam tu. Sudah tentulah orang tu makin jauh dan duk asyik rasa diri tak layak nak jadi baik. Lepastu selama-lamanya dia lalai. Berdosa orang macam ni”.

Begitulah kita hidup di dunia ini tak terlepas dari ujian. Orang yang hidupnya rajin beribadah, dia diuji dengan penyakit hati. Merasakan diri sudah dijamin syurga.

Manakala kita yang masih lalai ini, diuji pula dengan rasa tak layak nak jadi baik. Duk rasa diri dah pun dijamin neraka.

Kita ni kalau tak mampu nak tarik orang dekat dengan agama, jangan pulak kita jadi penyebab orang makin jauh dari agama. Cukuplah berdiam diri kalau tiada apa yang baik untuk diperkata, dan tunjukkan akhlak yang mulia walaupun kita ni penuh aib dan dosa.

sumber; Syahidah Mardhiah Azmi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*