Yb Kasthuri Patto (DAP) seorang lagi pemimpin yang suka ‘MENYIBUK’ urusan umat Islam…

FMT

YB Kasthuriraani a/p Patto adalah ahli parlimen Batu Kawan, P. Penang dari DAP  sejak tahun 2013 lagi. Beliau, dalam posting terbarunya, dalam nada menyindir menempelak langkah kerajaan Kelantan tidak membenarkan dan meluluskan lesen untuk membuka pusat hiburan yang berunsur maksiat.

Beliau berkata ‘ maka, adakah kanak-kanak menjadi hiburan’? Tambahnya lagi, beliau mendakwa kerajaan Kelantan membenarkan perkahwinan kanak-kanak…

Berikut adalah posting dalam FBnya…

sumber; Kasthuri Patto

Admin suka panjangkan isu ini untuk pengetahuan semua bahawa isu ini telah dibangkitkan oleh YB Kasthuri Patto dan telah dijawab oleh TPM di Dewan Rakyat tidak lama dulu…

Statistik: “Non Muslim lebih ramai kahwin bawah umur dari Muslim” – Wan Azizah

Parlimen, 21 Julai: Data statistik 2017 perkahwinan bawah umur mengikut agama dan etnik  yang dikeluarkan oleh Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan beberapa data yang mengejutkan.
Seramai 1845 orang kanak-kanak bawah umur telah  berkahwin dengan pasangan dewasa. Daripada jumlah ini, 968 adalah kanak-kanak  non muslim manakala  877 kanak-kanak adalah muslim.
Non Muslim : 968
Muslim : 877
Pendedahan ini bertentangan dengan persepsi masyarakat sebelum ini yang menjangkakan perkahwinan bawah umur adalah masalah yang lebih tertumpu pada masyarakat muslim. Ini adalah kerana Mahkamah Syariah membenarkan perkahwinan sedemikian diadakan dengan mendapatkan kelulusan ibu-bapa dan kebenaran mahkamah Syariah.

Perkara ini juga kini membuktikan masalah perkahwinan bawah umur ini adalah isu nasional, dan bukan sahaja spesifik kepada masyarakat Islam sahaja.

Pecahan etnik non-muslim itu pula menunjukkan kanak-kanak etnik Cina paling banyak berkahwin dengan pasangan dewasa, diikuti dengan etnik Sarawak.

Cina : 384

Etnik Sarawak : 268

Orang Asli Semenanjung : 145

India : 122

Etnik Sabah : 31

Lian-lain :18 

sumber; says.com &  ttkm.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*