“Sebenarnya soalan ini paling banyak saya dapat”- Uqasha Senrose dah lali ditanya soal zuriat, minta doa baik-baik

Pelakon, Uqasha Senrose mengaku sudah lali dengan persoalan tentang kehamilan sejak mendirikan rumah tangga dengan aktor, Kamal Adli.

Menerusi laporan Utusan, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata dia tidak berkecil hati dengan soalan sebegitu sebaliknya hanya meminta doa daripada orang ramai.

“Sebenarnya soalan ini paling banyak saya dapat dan malas nak jawab. Betulkah saya hamil?

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

“Doa dan minta yang baik-baik sahaja. Kita semua nak zuriat,” katanya.

Uqasha berkata, semua pihak akan tahu kelak sekiranya Allah SWT mengurniakan zuriat kepada dirinya dan pasangan selain meminta orang ramai untuk berhenti bertanya.

“Nanti sampai masanya ada dan Allah beri, kita tak beritahu pun orang akan nampak. Tak perlu tanya banyak kalilah,” ujarnya.

Baru-baru ini, tular dakwaan Uqasha kini berbadan dua selepas kelihatan seperti mempunyai ‘baby bump’ dalam beberapa video siaran langsung.

Malah, sebelum itu Uqasha pernah mendedahkan dirinya mengalami keguguran sebanyak dua kali iaitu pada awal tahun 2022 ketika sedang menunaikan umrah dan sekitar November pada tahun sama.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang.

Sumber: Utusan Online (Siti Athirah Dzulkifly), Instagram Uqasha Senrose

Sumber via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*