[VIDEO] ‘Kalau Setakat Menyalak Macam Anj1ng, ‘Gong! Gong! Gong!’ – Lelaki Dipercayai Anak Makcik Kemboja Ajak Bersemuka

Nama Makcik Kemboja menjadi bualan hangat warganet selepas mengeluarkan kenyataan dengan melabel orang Melayu sebagai pemalas.

Jangan setakat menyalak.

Terbaru, tular sebuah video lelaki yang mendakwa dirinya adalah anak kepada Makcik Kemboja. Menerusi rakaman itu, lelaki terbabit meluahkan rasa marah melihat ibunya dikecam teruk serta dih1na oleh netizen.

Selain itu, lelaki yang berspek mata turut mencabar individu yang mengeluarkan kata-kata kesat untuk bersemuka dengan dirinya di kilang.

Anak Makcik Kemboja kat sini. Aku cabar kau daripada menyalak macam anjing kat TikTok. Aku cabar kau berdepan (face) dengan aku dekat kilang ini.

Yang kau hina tu mak aku tau. Sia*. Kalau setakat menyalak macam anjing, ‘Gong! Gong! Gong! Gong!‘ Haa ni anak Makcik Kemboja kat sini. Aku tak takut dah dekat kau. Aku tak pernah takut dengan kau!

Terdahulu, Makcik Kemboja yang dikenali sebagai Madame Mariyah dikecam selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.

Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kemudian, Mariyah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor atau TMJ kerana memberi keizinan untuk dirinya menjalankan perniagaan di negeri Johor.

 

Sumber: TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*