[VIDEO] ‘Kalau Ada RM100, Arw4h Akan Sedekah RM50 & Kadang² Bagi Ja Semua’ – Ina Naim

Seminggu yang lalu, industri nasyid tanah air dikejutkan dengan pemergian bekas anggota kumpulan In-Team, Allahy4rham Suhaimi Saad yang mninggal dunia akib4t kegagalan pada org4n dalamannya.

Susulan itu, ramai yang mula berkongsi video amalan serta kebaikan yang dilakukan Allahyrham di media sosial.

Suka bersedekah.

Terbaharu, tular satu video memaparkan kebaikan yang sering dilakukan arw4h Suhaimi yang dikongsikan sendiri oleh balunya, Ina Naim.

Menerusi video tersebut, Ina mendedahkan arw4h suaminya itu sama sekali tidak pernah menanam sifat iri hati bahkan tidak pernah membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain.

Selama saya hidup dengan dia 16 tahun, arw4h tidak pernah ada iri hati ke cemburu ke tengok orang yang lebih senang, orang mewah dari dia.

Dia tetap dengan diri dia macam tu, tak ada langsung sifat iri hati. Diri dia memang macam tu dan selalu bersangka baik.

Tambah Ina lagi, arw4h Suhaimi merupakan seorang yang suka bersedekah dan membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Orang susah ke, orang senang ke, miskin atau kaya semua dia akan bantu. Kalau dia nak tolong dia tolong.

Contoh ada duit RM100 dan orang tanya, ‘Boleh tak saya nak minta sedekah sikit?’, ‘Anak saya nak makan’, atau ada yang nak beli pampers ke susu, dia akan bagi RM50.

Kadang-kadang tu dia bagi ja semua.

Netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ntizen sebak mendengar perkongsian dibuat Ina mengenai kebaikan yang dilakukan arwh Suhaimi.

Mereka juga menitipkan doa agar r0h Suhaimi ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Terdahulu, kesihatan Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad dilaporkan merudum sejak awal Oktober lalu selepas mengalami cirit-birit sehingga susut berat badan sebanyak 20 kilogram (kg).

Selepas enam hari ditidurkan dan mendapatkan rawatan, Suhaimi disahkan mninggal dunia pada kira-kira jam 7.40 petang Rabu di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akib4t jngkitan kum4n di paru-paru.

Sekadar info, Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber: TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*