Padam Gambar Suami Di IG, Rumah Tangga Mawar Rashid Berg0lak?

Selepas mendapat kecaman hebat gara-gara mengumumkan dia kini tampil tidak bertudung, Mawar Rashid sentiasa mencu.ri perhatian dan apa sahaja update daripada pelakon itu pasti menjadi bualan.

Terbaru, usahawan berusia 28 tahun itu difahamkan telah memadam semua gambar suaminya, Raf Yakob dan juga foto mereka berdua di akaun Instagram.

Apa yang tinggal adalah hantaran yang membabitkan kerja seperti hantaran video iklan produk dan hanya beberapa posting peribadi bersama Raf.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Tindakan Mawar itu mencetuskan tanda tanya jika rumah tangga yang dibina sejak 2017 tersebut sedang bergolak apatah lagi sebelum ini ada timbul dakwaan sedemikian.

Bagaimanapun, tinjauan ke akaun Instagram Raf mendapati usahawan tersebut masih menyimpan gambar dan hantaran bersama isterinya.

Terdahulu, abang iparnya Datuk Fazley Yaacob tampil membidas dakwaan tersebut dan berkata rumah tangga adiknya tiada masalah.

Saya memang sangat rapat dengan Raf dan dia bercerita apa saja dengan saya. Kami sangat rapat. Jadi saya tahu tiada masalah pergolakan rumah tangga.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*