Babak ditend4ng, Shiela Mambo minta jangan kec4m Janna Nick – “Saya dah maafkan”

Pelakon senior Shiela Mambo meminta orang ramai tidak mengec4m aktres, Janna Nick susulan babak dia ditend4ng dalam drama Surat Untuk Tuhan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shiela berkata sebaik sahaja babak itu selesai dirakam, Janna terus tampil memohon maaf kepada dirinya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sheila Mambo (@sheilahassan)

Shiela atau nama sebenarnya Rusilawati Hasan berkata, babak tersebut tiada dalam perancangan sebaliknya berlaku secara spontan namun dia telah memaafkan aktres berkenaan.

“Mashallah, jangan mar4h Janna. Sebaik sahaja babak ini selesai, Janna terus datang peIuk saya dan minta maaf berkali-kali.
“Dia pun tak rancang untuk buat macam ini. Saya dah maafkan dia,” katanya.

Tambahnya, Janna seorang pelakon yang baik hati dan pernah menjaganya ketika tidak sihat sewaktu menjalani penggambaran di Tanah Suci Mekah.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sheila Mambo (@sheilahassan)

“Jangan kec4m Janna, dia anak yang baik. Semasa saya tidak sihat di Mekah, dia yang jaga makan minum saya. Waktu tawaf sunat dia dan PA dia banyak menjaga saya,” ujarnya.

Pada masa yang sama, pelakon berusia 60 tahun itu juga berkata babak yang ditunjukkan dalam drama itu tidak mustahil berlaku dalam kalangan masyarakat.

Katanya, ada segelintir anak-anak derh4ka kepada orang tua sebegitu rupa selain mahu menjadikan babak itu sebagai pengajaran kepada penonton.

“Realiti kehidupan ada saja anak-anak yang derh4ka pada orang tua mereka secara terang dan halus. Semoga babak ini dijadikan iktibar pada semua penonton,” katanya.

Terdahulu, drama arahan Pali Yahya itu pernah mencetuskan kontr0versi selepas dialog Janna yang melakonkan watak Misha melemparkan kata-kata kes4t kepada ibu mentuanya di Tanah Suci.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Selain mendapat kec4man hebat daripada netizen, Janna juga diberi t3guran oleh pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun susulan dialog kurang enak didengar itu.

Sumber: Instagram Shiela Mambo & Janna Nick

Sumber via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*