“Saya tak jahiI itu untuk perlekeh agama”-Kak KM difitn4h, kenyataan diputar-beIit

Usahawan sensasi Kak KM tampil menjelaskan dakwaan dia mengamalkan kepercayaan Feng Shui dan kenyataan berhubung solat sunat dua rakaat selepas Subuh tetapi tidak kaya.

Memetik laporan Harian Metro, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menjelaskan, dia telah difitn4h dan kenyataannya dalam video tersebut diputar-belit.

“Saya difitn4h. Kenyataan saya dalam video itu diputar-belit,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Kak KM memaklumkan, dakwaan dilemparkan terhadapnya adalah tidak benar sama dan dia hanya berkata tentang feng shui bagi membantu kakaknya menjual tanah.

“Sekarang ini saya memang diam saja. Biarkan mereka terus bercakap dan melemparkan kata-kata tidak baik dan fitn4h kepada saya. Pada hakikatnya, apa yang mereka perkatakan itu tidak benar sama sekali.
“Video yang saya cakap feng shui itu sebenarnya saya nak bantu kakak jual tanah. Saya hanya cakap saja untuk tujuan ‘marketing’. Tidak bermakna saya buat dan percaya,” ujarnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Pada masa yang sama, anak kepada pelakon Normah Damanhuri itu masih mempunyai fikiran yang waras dan tidak sejahil itu untuk memperlekehkan agama.

“Saya tidak sejahil itu untuk memperlekehkan agama. Saya masih waras. Macam-macam mereka pertikai dan persoalkan saya. Cumanya, selama ini saya saja tak nak tunjuk perkara dan amalan dibuat. Untuk apa?” katanya.

Kak KM berkata, dia masih berpegang kepada ajaran Islam dan percaya bahawa Allah Yang satu selain mempersoalkan mengapa tiada yang mahu menularkan ketika dirinya berbuat baik.

“Kalau saya tak percayakan Allah dan tak solat, kenapa saya buat segala ajaran yang diperintahkan agama. Kalau nak cakap soal sedekah, sembahyang dan lain-lain semua itu saya buat.
“Malah ramai juga yang selalu tengok. Kenapa tak nak tularkan yang itu? Saya juga percaya rezeki yang dikurniakan pada saya hari ini daripada Allah.
Kedua ibu bapa saya sudah ajar sejak kecil mengenai solat, mengaji dan lain-lain. Saya dah tahu. Sebab itu saya cakap dalam video tak perlu ajar saya.
“Sebaliknya yang berlaku apabila video itu dipot0ng dan dipendekkan. Ia dah jadi lain sehingga orang ramai salah erti. Jadi, apabila dah sampai tahap ini saya takkan berdebat dengan mereka. Saya takkan layan,” kongsinya.

Sementara itu, walaupun terdapat segelintir netizen menjalankan boik0t terhadap perniagaannya, dia percaya bahawa rezeki daripada Allah SWT

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

“Saya sudah tujuh tahun berniaga dan memberi manfaat kepada ramai orang. Kenapa nak boikot? Mereka tahu tak maksud boik0t? Bisnes orang Melayu terus nak boik0t. Mereka yang nak boik0t tu tak pernah beli produk saya.
“Mereka yang kurang ajar tu pun tak ramai. Sebaliknya masih ramai yang memberikan sokongan dan kata-kata positif. Sebab mereka tahu saya macam mana.
“Alhamdulillah, produk semakin laris. Rezeki saya daripada Allah. Saya sentiasa percaya pada Allah. Dia saja tahu niat saya,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kontr0versi ini tercetus apabila Kak KM berkongsi satu video mempromosikan lot tanah kakaknya selain menyebut bahawa feng shui kawasan tersebut baik.

Malah, dia juga membuat video membalas kec4man netizen dengan mempersoalkan sekiranya mereka sudah kaya selepas menunaikan solat sunat dua rakaat selepas Subuh.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir), Instagram Kak KM

Sumber via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*