“Andi Pun Pernah Terima DM Dari Dia..” – ‘Stalker’ Puteri Sarah Buat ‘Comeback’ Dengan Gelaran Mastura 2.0, Kini Melibatkan Andi

Seperti tiada penghujung kepada g4ngguan yang diterima oleh pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana tampil mendedahkan individu yang tidak henti menganggunya sehingga mencipta akaun baru untuk ikuti aktiviti harian aktres tersebut.

Sebelum ini, sempat kecoh tentang stalker Sarah digelar Mastura itu dan kini ia kembali dengan nama samaran Mastura 2.0. Tambahnya, sebenarnya dirinya tidak ada masa untuk melayan karenah individu tersebut dah telah pun membuat laporan polis. Namun, hingga kini masih belum tahu siapakah gerangan disebalik nama Mastura 2.0 itu.

Kata Sarah, dia ingin fokus kepada anak-anak serta bisnes dan dia juga sudah mula berdamai dengan takdir. Disebabkan itu, dirinya tidak mahu terlalu mengendahkan Mastura ini. Namun begitu, ujarnya, jika hal tersebut mula mengganggu keselamatan dirinya dan anak-anak, dia akan mula mengambil tindakan yang lebih keras.

Andi pun pernah terima DM dari dia yang buruk-burukkan saya.

Sebenarnya dia sering datang ke Malaysia untuk merisik kilang di sini, bukan merisik saya.

 

Pada masa yang sama, apabila ditanya berkenaan artis asal Indonesia yang sering terlihat bersama Sarah, aktres ini menegaskan bahawa Andi Arsyil hanya ke sini atas tujuan bisnis sahaja.

Sarah juga dikatakan selalu ke Indonesia atas tujuan yang sama. Mereka juga pernah terlihat melakukan live bersama-sama sambil menjual produk. Meskipun hubungan kedua individu ini disokong oleh warganet, namun Sarah ujar peminat agar mendoakan yang baik-baik sahaja bagi mereka.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*