Dikhian4ti 12 staf, Kieda Crepe cerita dapat petanda mata berkedip lepas solat

Usahawan Kieda Crepe meluahkan rasa kesal dengan tindakan 12 kakitangannya terbabit dalam kumpulan sembang aplikasi WhatsApp yang mengutuk dirinya.

Sedangkan ketika bekerja di dalam atau luar kawasan, dia melayani semua pekerjanya dengan baik dan adakalanya diberikan ganjaran atas hasil usaha mereka. Tanpa menyedari sebahagian daripada mereka hanyalah berpura-pura.

Rasa gelisah, 2 hari sebelum kejadian

Menurut Kieda, sebelum perkara itu terb0ngkar, dia berasa gelisah dan terus meminta petunjuk daripada Allah ketika solat.

“Allah nak bagi petunjuk, kelmarin saya memang gelisah sangat-sangat. Selepas selesai sembahyang maghrib, ‘Ya Allah ya Tuhan ku, saya gelisah sangat-sangat. Apa benda yang nak terjadi ini? Ya Allah, tunjukkanlah kepada saya’.

“Mata saya pun dan berkedip (petanda benda buruk akan terjadi) sejak dua hari lalu,” katanya.

Lihat klip video di bawah:

Selepas itu, dia cuba meminjam kamera telefon bimbit milik pekerjanya untuk dijadikan sebagai cermin (betulkan tudung). Dan ketika itulah terpapar notifikasi pada skrin menunjukkan mesej daripada group WhatsApp tersebut.

Ternampak notifisikasi perbualan group

Kieda meminta kakitangannya itu membuka group WhatsApp berkenaan dan membaca segala mesej bermula dari 14 November lalu, sejak group itu diwujudkan. Semua perbualan di dalam group itu bercakap tentang perkara yang tidak baik mengenai dirinya.

Tambah Kieda, selama ini dia begitu menjaga kebajikan semua pekerjanya yang berjumlah 37 orang. Namun, 12 pekerja yang didapati mengkhi4natinya itu membuatkan dia terkilan.

“Makan tak pernah kurang, nak pinjam duit bagi pinjam duit, nak apa semua kita bagi. Kita permudahkan urusan orang, tapi urusan kita, hari ini kita dah dapat jawapan.

“Daripada 12 orang itu, yang dibuang hanya lima orang sahaja. Yang baki, kita dah jumpa dan mereka beritahu terikut kawan-kawan dan silap pilih ‘circle’. Kita bagi mereka surat am4ran sebagai pengajaran

Video

“Untuk lima orang berkenaan, saya sebenarnya sayang mereka. Tetapi selepas mendapati ini ‘jawapan’ yang saya dapat selepas baik dengan semua orang, semoga mereka menemui tempat kerja, dengan bos dan circle yang memenuhi kehendak mereka. Semoga tiada dend4m di hati mereka seperti mana saya tidak berdend4m dengan mereka,” katanya.

Mengenai kejadian itu, Kieda enggan menyalah sesiapa. Malah dia mengambil peluang ini untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kekurangan yang ada.

Namun perasaan sedih dan air matanya tidak mampu lagi dibendung apabila dia memaklumkan dua kej4dian yang menimpanya baru-baru ini, termasuklah kehilangan bapa kesayangannya.

“Saya rasa kec3wa saya hilang abah, kec3wa dengan manusia yang saya dah anggap sebagai keluarga. Tapi kita tak menyalah mereka. Insha-Allah.

“Ini ujian untuk Kieda. Terima kasih kepada manusia yang pernah datang ke dalam hidup saya. Saya halalkan segala benda yang saya berikan. Dan halalkan segala kudrat anda yang diberikan kepada team Kieda Crepe. Tapi saya bayar gaji,” ujarnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalieda Yusra (@kiedx_)

Sumber :https://thereporter.my/

Sumber koleksiviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*