Ditegur Bergambar Dengan Ahli Ulamak Terlalu Rapat, Peminat Nasihat Uqasha Jaga Batas Untuk Elak Fitn4h

Ulama adalah orang yang paling berjasa dalam menjaga, membela dan menyampaikan kepada kita syariat Islam secara suci murni sehingga hari ini. Oleh itu, kita wajib menghormati mereka dan mengakui keahlian mereka.

Ini kerana ulama mempunyai jasa besar kerana mereka ‘perantara’ yang menyampaikan kepada kita agama yang benar. Pegangan agama yang benar penentu buat kita di akhirat nanti, sama ada akan bahagia atau sengsara. Daripada aspek ini, tentunya ‘hutang’ kita kepada ulama adalah cukup besar.

Berbahas soal ini, baru- baru ini pelakon sensasi, Uqasha Senrose tampil mempertahankan diri selepas didakwa netizen tidak menjaga batas sewaktu bergambar bersama pendakwah bebas terkenal, ustaz Azhar Idrus di sebuah majlis ilmu yang dihadirinya, malam tadi.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Uqasha atau nama lengkapnya Zik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, dalam Instagram miliknya, aktres itu menzahirkan rasa teruja apabila dapat menghadiri majlis agama tersebut dan bergambar bersama Azhar Idrus walaupun kurang sihat.

“Ya Allah, dapat juga berjumpa dan bergambar dengan ustaz Azhar Idrus. Memang dah lama sangat minat dengan cara dia memberi ceramah.

“Walaupun demam, saya makan ubat dan cucuk drip semata-mata untuk hadir ke ceramah beliau. Banyak ilmu yang dikongsikan. Seronok sangat,” kongsi Uqasha

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Bagaimanapun, beberapa keping foto yang dimuat naik pelakon itu dalam Instagram telah mengundang persepsi buruk dan salah faham netizen apabila dikatakan tidak menjaga batas kerana bergambar terlalu rapat dengan pendakwah tersebut.“Jangan rapat sangat bergambar dengan ustaz kesayangan kami. Kami tidak suka. Jauhkan jarak,” tegur seorang netizen.

“Kalau bergambar dengan orang seperti ustaz atau ulama, janganlah terlalu rapat. Bagi ruang sikit antara kita dan ustaz. Hormati mereka dan elakkan timbul fitnah,” kata seorang lagi netizen.

Enggan membiarkan dirinya terus dikecam, Uqasha tampil menjelaskan keadaan sebenar dengan memaklumkan dirinya kelihatan seolah-olah rapat dengna Azhar Idrua disebabkan kedudukan kamera (angle) dan masih tahu untuk menjaga batasnya.

“Tak perlu mulut pandai-pandai cakap kalau tidak ada di tempat tu. Angle dan posisi awak nampak begitu (rapat). Saya tahu batas saya. Orang kanan kiri tolak, jadi tidak seimbang,” jelasnya.

Suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli juga dilihat meninggalkan komen mempertahankan isterinya daripada dikecam apabila menjelaskan situasi sebenar.“Sabar yang lain. Kalau rapat sangat, saya sendiri yang akan tegur siap-siap. Itu angle kamera sahaja. Jangan mudah nak menaip.

“Kalau betul rapat, ustaz sendiri dah lari. Sudah, cukup-cukuplah,” kata Kamal.

Dalam satu hantaran berbeza, pelakon yang pernah membintangi drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu berkongsi sekeping foto dari arah berbeza yang menunjukkan masih ada ruang di antara dirinya dengan Azhar Idrus.

“Ini (gambar lain) dari posisi berbeza. Tak nak orang fitnah cakap saya rapat tidak tentu pasal. Macam-macam manusia ni,” jelas Uqasha.

Difahamkan acara yang dihadiri Uqasha malam tadi itu ialah majlis Kuliyah Khas Jihad Palestin yang diadakan di Hotel Grand Barakah, Ampang, Kuala Lumpur.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*