(VIDEO) “Awal Tak Kalut” – Noor Nabila Dah Tempah Aina Abdul Jadi Penyanyi Di ‘Wedding’ Hujung Tahun Hadapan?

Siapa yang tidak kenal kakak kepada selebriti Malaysia Neelofa, iaitu Noor Nabila. Dia merupakan seorang usahawan dan ibu kepada seorang anak. Noor Nabila bersama rakan baiknya Rosix Omar sering memuat naik video yang meraih perhatian ramai di laman media sosial milik mereka terutamanya di youtube, instagram dan tiktok.

Sebelum ini, status rumah tangga Noor Nabila dan Engku Imran menjadi bualan ramai apabila ada yang mend4kwa sudah r3tak menanti bel4h. Namun ianya dit3pis oleh Noor Nabila apabila dia mengatakan tiada apa pun sebenarnya yang berlaku.

Mereka juga dikatakan tidak duduk sebumbung serta kedua-dua instagram pasangan tersebut tidak terdapat gambar bersama. Namun pada 25 September yang lalu, akhirnya terler4i apabila Engku Emran dan Noor Nabila disahkan bercer4i dengan tal4k satu.

“Tempah Awal Tak Kalut Untuk Wedding Of The Year!”

Baru-baru ini, di youtube milik Rosix dan Bella, mereka menjemput Penyanyi wanita Malaysia iaitu Aina Abdul sebagai tetamu jemputan untuk merasa masakan air tangan mereka itu. Mereka memasak menu kegemaran Aina Abdul iaitu sambal udang dan beberapa lauk yang lain.

Pada minit ke 18:30 video tersebut, Rosix memberitahu kepada Aina Abdul untuk memberi harga nyanyian kerana ingin menempahnya untuk bernyanyi pada sebuah acara perkahwinan yang bakal berlangsung pada hujung tahun hadapan.

“Nanti kita nak tempah sesiap Aina, bagi bajet yang paling murahlah untuk kita sebab Wedding of The Year hujung tahun hadapan”-kata Rosix

“Wedding of The Year, adakah Rosix kahwin dulu ataupun Bella kahwin dulu, kitaa tunggu nanti”-tambah Rosix

Video

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka, semoga perancangan mereka dipermudahkan.

Apa kata anda

 

Sumber via murai.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*