[VIDEO] Wanita Ini Tampil Dedah Mak Cik Kemboja Sebenarnya dari..

makin ramai pula yang muncul bercakap tentang Madame Mariyah atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Kemboja. Ini semua gara-gara usahawan kelahiran Kemboja ni kata orang Melayu pemalas.

terbaru seorang individu mendakwa Mariyah bukanlah berasal dari Kemboja seperti didakwa tetapi datang dari Vietnam. Pulak dah……..?!

Perkara ini didedahkan seorang wanita berasal dari Kemboja di TikTok kerana merasakan dirinya dan mereka yang berasal dari Kemboja turut terkesan dan dikecam.

Saya tak nak cakap banyak saya cuma nak dedahkan mengenai kak Mariyah tu. Dia bukanlah berketurunan Kemboja tetapi dia berketurunan Cham Hanoi, Vietnam.

Memang keturunan dia tak ada tanah nak duduk dan memang tak ada negara. Asyik-asyik tumpang negara orang, buat hal. Sekarang rosak nama negara saya.

Disebabkan itu, dia tampil menjadi wakil kepada orang asal Kemboja untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas apa yang terjadi dan berharap hal tersebut dapat diselesaikan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*