Isteri sedang h4mil, Alif Teega umum dah kahwin lagi -“Aisyah tiada sebarang kekurangan”

Personaliti media sosial, Alif Teega mengesahkan dirinya telah ‘kahwin’ seorang lagi dan perkara itu juga turut dikongsikan oleh isteri, Aisyah Hijanah dengan menyatakan suaminya kini juga milik wanita lain pada 18 November lalu.

Alif Teega umum kahwin lagi

Perkara itu dikongsikan oleh pasangan ini menerusi hantaran di laman Instagram mereka bagi mengelakkan sebarang fitn4h dan spekulasi tidak benar pada masa akan datang.

“Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik, alhamdulillah berita tersebut adalah benar.
“Saya sudah pun bernikah. Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ini,”kongsinya

Dalam hantaran yang sama, Alif turut berterima kasih kepada isteri pertamanya, Aisyah Hijanah kerana bersabar dan masih kuat berada di sisinya meskipun pahit bagi seorang wanita menerima hakikat suaminya kahwin lagi.

“Selama Aisyah menjadi isteri saya, tiada sebarang kekurangan padanya Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga. Tapi percaturan Allah buat saya dan Aisyah adalah berbeza.
“Aisyah adalah wanita pilihan Allah yang Subhanallah kuatnya luar biasa dan saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setiap ujian yang datang. Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia,”tulis Alif Teega di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Suami hanya pinjaman sementara…

Sementara itu, isteri pertama, Aisyah Hijanah juga memuat naik hantaran dengan meluahkan perasaan meskipun tidak menyangka suami yang dinikahi enam tahun lalu kita juga menjadi milik wanita lain.

Aisyah yang juga pempengaruh bagaimanapun berlapang dada menerima dugaan hidup berp0ligami dan berharap agar suaminya dapat berlaku adil kepada kedua-dua belah keluarga.

“Abang, Aisyah harap abang boleh menjadi ketua yang baik buat kedua-dua keluarga. Allah pilih abang untuk melalui segala yang terjadi saat ini dan akan datang. 
“Untuk sekarang, Aisyah serahkan sebulatnya urusan ini kepada Allah. Terima kasih Umi dan arw4h ayah kerana mendidik Aisyah menjadi wanita yang kenal Tuhan dan benar-benar menerima Qada’ dan Qadar,”luahnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Aisyah berkata, dirinya sedar bahawa suami adalah pinjaman Allah S.W.T meskipun pada awalnya dia beranggapan memiliki Alif selama-lamanya.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana Allah telah meminjamkan seorang suami dan bapa kepada anak-anak yang sanggup berk0rban dan beri kebahagiaan serta memberi didikan dengan cara terbaik.

Sebelum ini, Aisyah Hijanah berkongsi khabar gembira apabila dirinya kini sedang hamil anak ketiga selain memaparkan reaksi muka teruja Alif Teega.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

Sumber via omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*