[VIDEO] Bekas Staf Sahut Cabaran Datang Ke Kilang.. Tapi Dihalang Masuk, Kelibat Anak Makcik Kemboja Tak Nampak

Bekas pekerja kepada Syarikat Mariyah Holding iaitu Shuib sahut pelawaan anak Makcik Kemboja untuk bersemuka di kilang jahitan pukal yang terletak di Skudai, Johor Bahru.

Pagar tutup rapat.

 

 

Menerusi rakaman video yang tular, Shuib mendedahkan dia telah dihalang untuk masuk ke perkarangan kilang tersebut. Lebih mengeruhkan keadaan apabila pintu pagar juga ditutup rapat.

Jemput tapi tak bagi masuk! Malu. Goyang dik goyang.

Tidak berseorangan, Shuib hadir dengan Ustaz Sopian, lelaki yang dikenali sebagai Asyraf serta beberapa orang lagi.

Sementara itu, Shuib yang memakai kemeja berwarna biru cuba berbincang dengan staf yang bekerja di bawah kendali Makcik Kemboja.

Dakwa Shuib, dia tidak menerima bayaran komisen selama empat bulan sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Saya tak nak cerita pengalaman saya apabila ditipu kata duit komisen seringgit. Boleh bertanya dengan dia. Empat bulan terakhir komisen saya tak dibayar.

Hari ini simple saja. Dia dah jemput saya untuk datang ke kilang. Sekarang saya dah datang. Di manakah anak dia? Ke nak bertulis juga anak dia datang buat surat jemputan Shuib diminta hadir.

Bagaimanapun, pekerja terbabit tetap bertegas enggan membuka pagar kepada Shuib dan yang lain-lain.

Sebelum ini, tular sebuah video Ezuan yang menyebut, ‘Aku cabar kau daripada menyalak macam anjing kat TikTok. Aku cabar kau berdepan (face) dengan aku dekat kilang ini. Yang kau hina tu mak aku tau. Sia*. Kalau setakat menyalak macam anjing, ‘Gong! Gong! Gong! Gong!‘

Susulan itu, Ezuan tampil memberi penjelasan dengan mendakwa video asal sudah disunting. Kata Ezuan, kata-kata itu tidak ditujukan kepada netizen sebaliknya kepada bekas pekerja.

Terdahulu, Makcik Kemboja yang dikenali sebagai Madame Mariyah dikecam selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.

Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kemudian, Mariyah hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, pada Selasa, bagi membantu siasatan 14 laporan polis berkaitan video tersebut.

Sumber: TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*